ecb 4

ECB Sedia Kurangkan Kadar Feadah, Inflasi EU di Bawah 2%

Bank Pusat Eropah (ECB) dijangka akan mengurangkan kadar deposit zon euro sebanyak 25 mata asas (bps) dalam bulan ini dan mungkin sekali lagi pada Disember, selepas inflasi pada bulan September menurun di bawah 2%.

Menurut tinjauan Reuters dari 2-8 Oktober, lebih 90% ahli ekonomi (70 daripada 75) meramalkan pengurangan kadar sebanyak 25bps pada Oktober, menurunkan kadar bank kepada 3.25%. Pada Disember, kadar dijangka dikurangkan lagi kepada 3%, menurut 68 daripada 75 ahli ekonomi.

Beberapa anggota majlis tadbir ECB, termasuk Presiden Christine Lagarde, memberi isyarat bahawa pengurangan kadar bakal berlaku.

Lagarde menyatakan bahawa perkembangan terkini mengukuhkan keyakinan bahawa inflasi akan kembali kepada sasaran 2% pada suku berikutnya dan kekal sehingga 2027.

Walaupun Indeks Pengurus Pembelian (PMI) menunjukkan tanda-tanda perlambatan ekonomi, prospek ekonomi zon euro kekal positif.

Zon euro dijangka berkembang sebanyak 0.7% tahun ini, sebelum meningkat kepada 1.2% pada 2025 dan 1.4% pada 2026. Bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi Jerman, ekonomi terbesar Eropah, dijangka sedikit lebih perlahan, dengan pertumbuhan 0.8% pada 2025 dan 1.3% pada 2026.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *