Bak kata pepatah, “Setiap carta ada ceritanya”. Sebagai pedagang, memahami cerita di sebalik carta dagangan adalah kunci untuk membuat keputusan yang lebih bijak. Salah satu strategi yang sering digunakan oleh ramai pedagang adalah “Support and Resistance (SnR)”, atau dalam bahasa Melayu, Sokongan dan Rintangan.
Namun, untuk membuat analisis yang tepat, semestinya anda memerlukan platform dagangan yang menyediakan kemudahan untuk menganalisis carta, contohnya seperti platform XM yang menyediakan Pivot Point, Moving Average (MA), Fibonacci dan banyak lagi.
Apa Itu ‘Support’ dan ‘Resistance’?
i) Support (Sokongan):
Sokongan adalah paras harga di mana permintaan terhadap sesuatu aset menjadi cukup kuat untuk menghentikan harga daripada terus jatuh. Dalam erti kata lain, ia berfungsi sebagai “lantai” yang menyokong harga daripada turun lebih rendah.
ii) Resistance (Rintangan):
Rintangan pula merujuk kepada paras harga di mana tekanan jualan mula meningkat, menyebabkan harga sukar untuk naik lebih tinggi. Dalam situasi ini, rintangan bertindak seperti “bumbung” yang menghalang harga daripada terus meningkat.
Sebagai contoh, bayangkan harga emas berada pada paras $1,800. Setiap kali harga menghampiri paras ini, ia melantun semula ke atas. Ini menunjukkan bahawa $1,800 adalah sokongan yang kuat kerana pembeli cenderung bertindak di sini. Sebaliknya, jika harga emas berulang kali gagal melepasi paras $2,000, paras ini dianggap sebagai rintangan kukuh kerana penjual mula mengambil alih apabila harga menghampiri tahap tersebut.
SnR bukan sekadar teori. Ia adalah alat praktikal yang digunakan oleh pedagang untuk mengenal pasti paras penting dalam carta, membantu mereka membuat keputusan masuk atau keluar dengan lebih terancang.
Bagaimana Mengenal Pasti SnR?
Mengenal pasti paras ini memerlukan kemahiran untuk memerhatikan pergerakan harga dan menggunakan alat analisis yang tepat. Berikut adalah beberapa cara untuk membantu anda mengenal pasti SnR dengan lebih berkesan:
- Analisis Carta Secara Manual:
Perhatikan kawasan di mana harga kerap berhenti naik (rintangan) atau berhenti jatuh (sokongan) berulang kali. - Indikator Teknikal:
Gunakan indikator teknikal seperti Pivot Points, Fibonacci Retracement, dan lain-lain untuk mengenal pasti paras harga penting. - Penyelidikan Pasaran:
Tingkatkan pemahaman anda dengan membuat penyelidikan tambahan. Sebagai contoh, Penyelidikan XM menyediakan analisis pasaran harian, laporan teknikal, dan maklumat terkini untuk membantu anda memahami pergerakan harga dengan lebih mendalam. - Perhatikan Corak Candlestick:
Corak candlestick seperti hammer, shooting star, atau engulfing pattern pada paras sokongan dan rintangan boleh menjadi petunjuk penting untuk pembalikan harga. Gabungkan analisis corak ini dengan zon SnR untuk meningkatkan kebolehpercayaan ramalan.
Berdagang Lebih Bijak dengan XM!
Dengan memahami teknik ini, anda bukan sahaja dapat membaca arah pasaran dengan lebih baik tetapi juga merancang strategi yang lebih kukuh. Anda juga boleh menggabungkan SnR dengan alat analisis lain untuk meningkatkan ketepatan ramalan anda.
Dengan pelbagai alat analisis dan sumber pendidikan yang tersedia di XM, anda boleh mendapatkan lebih banyak ilmu dan memperbaiki strategi dagangan anda.
Tunggu apa lagi?
Jom mulakan dagangan anda hari ini!
Anda juga boleh menuntut Bonus Tanpa Deposit $50 secara percuma apabila membuat pendaftaran kali pertama. Jangan lepaskan peluang ini dan jadikan ini langkah pertama yang bermakna.
#XM #XMMalaysia #SnR #SupportNResistance #TradeWithXM