Singapura menuntut pampasan kerugian selepas hutang Credit Suisse AT1 dilupuskan

Rio Boestamam
2 Min Read

Salah satu firma guaman terbesar di Singapura dijangka memfailkan tuntutan terhadap kerajaan Switzerland menjelang hujung tahun ini, bagi menuntut pampasan bagi ratusan pemegang bon Asia yang mengalami kerugian selepas hutang Credit Suisse AT1 dilupuskan pada tahun 2023.

Firma guaman Drew & Napier merancang untuk memulakan tindakan undang-undang berdasarkan investment treaty (perjanjian pelaburan) bagi pihak pemegang bon dari Jepun terlebih dahulu, diikuti oleh pelabur dari Hong Kong dan Singapura, menurut seorang pengarah firma itu yang mewakili kira-kira 560 pemegang bon dari ketiga-tiga wilayah tersebut.

Menurut Mahesh Rai, peguam yang mengendalikan kes itu, keputusan mahkamah di Switzerland baru-baru ini menyatakan bahawa pelupusan nilai bon AT1 Credit Suisse adalah tidak sah. Ini merupakan “langkah pertama untuk membetulkan ketidakadilan yang berlaku terhadap pelanggan kami.” Tindakan itu bertujuan mendapatkan semula kerugian yang dianggarkan berjumlah sekitar AS$300 juta (RM1.2 bilion) daripada kerajaan Switzerland.

Pada Mac 2023, Kerjaan Switzerland telah menghapuskan 16.5 bilion franc Swiss hutang (AS$20.8 bilion) dalam bon AT1 .

Awal bulan ini, Mahkamah Pentadbiran Persekutuan Switzerland memihak kepada pihak pengadu yang berhujah bahawa keputusan kerajaan pada Mac 2023 untuk menghapuskan 16.5 bilion franc Swiss (AS$20.8 bilion) dalam bon AT1 adalah tidak sah dan perlu dibatalkan.

Namun begitu, pelabur dinasihatkan agar berhati-hati kerana proses undang-undang dijangka mengambil masa yang panjang, dan belum pasti sama ada sebarang pampasan akan diberikan. Pelupusan penuh bon AT1 sebelum pemegang saham menanggung kerugian telah mencetuskan kemarahan ramai pelabur pada masa itu.

Berdasarkan perjanjian pelaburan dua hala (bilateral investment treaties), Drew & Napier telah menghantar trigger letters kepada kerajaan Switzerland pada Disember 2024 dan Mei tahun ini. Firma itu kini memulakan tuntutan rasmi selepas tempoh rundingan enam bulan yang diwajibkan di bawah perjanjian tersebut tamat.

Share This Article
Leave a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *