Abaikan Fundamental, Apakah USD/JPY Akan Kekal Dengan ‘Trend’ Menaik?

Abaikan Fundamental, Apakah USD/JPY Akan Kekal Dengan ‘Trend’ Menaik?

Pasangan matawang USD/JPY telah mengenepikan fundamentals pada hari Jumaat yang lalu, menolak harga naik ke paras tertinggi 7 minggu yang lepas. Gr

Pasangan matawang USD/JPY telah mengenepikan fundamentals pada hari Jumaat yang lalu, menolak harga naik ke paras tertinggi 7 minggu yang lepas.

Greenback telah mengukuh berbanding kesemua matawang utama yang lain walaupun pertumbuhan jualan runcit AS bergerak pada kadar paling perlahan dalam tempoh 6 bulan.

Faktor utama yang berjaya mengalihkan perhatian pelabur daripada data-data tersebut adalah kenyataan hawkish yang dikeluarkan oleh pembuat-pembuat dasar Fed yang melihat keperluan kepada lebih banyak pengetatan dasar dilakukan selepas bulan September.

Malahan, Presiden Fed Boston, Lael Brainard yang terkenal dengan pendirian dovish turut mencadangkan bank pusat untuk menaikkan kadar faedah melebihi paras neutral jangka masa panjang.

Presiden Fed Chicago, Charles Evans pula mengatakan ekonomi dan pasaran buruh semakin kuat. Evan tidak terlibat dalam pengundian, namun beliau tetap menyatakan bahawa untuk mengumumkan 4 kali peningkatan kadar faedah pada tahun 2019 adalah satu perkara yang masih boleh dipertimbangkan.

Kaplan turut bersetuju mengatakan keyakinan pengguna AS masih lagi kuat. Ulasan beliu turut disokong oleh bacaan indeks keyakinan pengguna Universiti Michigan bagi bulan September yang mana melonjak melebih jangkaan pasaran.

Komen hawkish yang dikeluarkan turut meningkatkan hasil bon 10-tahun AS melebihi paras 3%, sekali gus menolak USD/JPY melebihi harga 112 pada hari Jumaat yang lalu.

Trend menaik USD/JPY masih kuat dan mampu membawa pasangan matawang ini untuk naik lebih tinggi. Namun begitu, yen masih berdepan risiko daripada outlook Bank Pusat Jepun (BoJ) serta tajuk-tajuk yang berkaitan perdagangan pada minggu ini.

Kebimbangan baru tentang isu perang perdagangan AS-China telah mendorong risk-off mood di dalam pasaran serta jumlah dagangan yang kecil pada hari Isnin telah menghadkan peningkatan USD/JPY dan kini masih bertahan di paras 112.00 setakat jam 6.35 petang.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: