car-battery-replacement

ACEA: Kenderaan EV Eropah Berisiko Dikenakan Tarif Import Pasca Brexit €4.3b

Peraturan pasca Brexit memaksa pembuat kereta Eropah untuk mendapatkan lebih banyak komponen kenderaan elektrik dari Britain atau mereka akan dikenakan bayaran sehingga €4.3 bilion (RM21.7 bilion) dalam tarif dan pengeluaran, kata sebuah badan industri terkemuka hari ini.

Di bawah perjanjian perdagangan pasca-Brexit EU-UK, kenderaan elektrik perlu mempunyai 45 peratus komponen dari EU atau UK mulai 2024, dengan keperluan 50-60 peratus untuk sel dan pek bateri mereka, atau akan berdepan tarif import British atau EU sebanyak 10 peratus.

Persatuan Pengilang Automobil Eropah (ACEA) hari ini menggesa penangguhan tiga tahun peraturan itu, dengan alasan masa diperlukan untuk membina kapasiti bateri Eropah.

Pembuat kereta Eropah ketika ini masih bergantung pada sel bateri dan bahan yang diimport dari Asia.

Ia menganggarkan bahawa pengeluar Eropah perlu membayar €4.3 bilion kepada Britian dalam bentuk tarif selama tiga tahun di bawah peraturan baharu.

Memandangkan Britain menyumbang hampir satu perempat daripada eksport kenderaan elektrik EU, keadaan ini mampu mengurangkan pengeluaran EU sehingga 480,000 unit.

ACEA menulis kepada Suruhanjaya Eropah awal bulan ini, memohon kajian semula ke atas peraturan asal bagi bateri dan bersetuju penangguhan tiga tahun dengan Britain.

Badan industri itu menjangkakan hanya 10 peratus daripada kenderaan elektrik perlu mematuhi peraturan baharu pada 2024, menjadikan pengeluar EU berkemungkinan tewas kepada pesaing dari China dan negara ketiga yang lain.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *