Adakah GBP/USD Akan Menuju Zon Supply Seterusnya?

Adakah GBP/USD Akan Menuju Zon Supply Seterusnya?

Pound mula mengukuh pada awal sesi dagangan New York hari Jumaat selepas bacaan data pengeluaran pembuatan UK yang meningkat melebihi jangkaan pada ja

Pound mula mengukuh pada awal sesi dagangan New York hari Jumaat selepas bacaan data pengeluaran pembuatan UK yang meningkat melebihi jangkaan pada jam 5.30 petang tidak berhasil menguatkan sentimen sterling yang dihimpit ketidaktentuan rundingan Brexit.

Walau bagaimanapun, komen terkini yang dikeluarkan oleh ketua rundingan Brexit EU, Michel Barnier yang memberi peluang kepada UK selama 2 minggu untuk membuat keputusan berkenaan perjanjian kewangan mereka, berjaya mengurangkan kebimbangan para pelabur yang melihat ekonomi UK akan mengalami kesukaran selepas meninggalkan EU.

Laporan jangkaan GDP oleh Institusi Penyelidikan Ekonomi dan Sosial UK (NIESR) yang menjangkakan pertumbuhan ekonomi meningkat lebih tinggi pada pertengahan tahun kedua dan jangkaan kadar faedah naik sehingga 2% pada tahun 2021 turut mengukuhkan sentimen pound di hari terakhir dagangan minggu ini.

Tambahan pula, stop order di kawasan zon supply 1.3170 (baca di sini) yang aktif mungkin menjadi penyokong kepada lonjakan harga beberapa jam yang lalu. Pasaran akan melihat adakah momentum kenaikan ini disebabkan oleh permintaan yang meningkat atau sebaliknya.

Selain itu, USD yang menyusut berikutan keputusan undang-undang cukai yang masih tertangguh juga menjadi penyokong peningkatan pasangan matawang GBP/USD

Paras Teknikal GBP/USD

Momentum di atas 1,3200 akan melihatkan harga untuk pergi Zon Supply seterusnya di paras 1.3225/30

Pembetulan harga pula berada di paras 1.3150, 1.3110 dan Key Support 1.3085

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: