Adakah harga minyak akan terus meningkat atau mahu terjun bangunan?

Adakah harga minyak akan terus meningkat atau mahu terjun bangunan?

Bersempena Mesyuarat OPEC-JMMC yang berlangsung Isnin 21/05/2018 ini mari kita lihat hala tuju harga minyak mentah dunia bagi pandangan jangka masa se

Bersempena Mesyuarat OPEC-JMMC yang berlangsung Isnin 21/05/2018 ini mari kita lihat hala tuju harga minyak mentah dunia bagi pandangan jangka masa sederhana panjang. Buat masa ketika pasaran berehat hujung minggu 19-20/05/2018, harga tutup dagangan Brent adalah USD78.51 setong manakala bagi WTI adalah USD71.37 setong.

 

Tiga faktor dilihat banyak mempengaruhi turun naik harga minyak dunia iaitu Geopolitik, Permintaan, dan Penawaran. Bagi keseluruhan 2018 harga minyak dilihat secara konsisten menokok. Dan harga penutupan pasaran terkini adalah yang tertinggi buat 3 tahun terkebelakang.

 

Geopolitik Iran-AS

Harga minyak mentah dunia amat terkesan mengukuh dengan penarikan AS daripada Perjanjian Nuklear Iran. Dengan Trump membuat ugutan baru ingin mengenakan sekatan ekonomi terbaru kepada Iran, harga minyak dipercayai boleh terus mengukuh kerana Iran merupakan negara ketiga terbesar dalam kapasiti pengeluaran minyak dalam organisasi OPEC. Sekatan akan membawa kepada penyusutan pengeluaran minyak harian Iran.

 

Geopolitik & Penawaran Venezuela

Venezuela telah memotong pengeluarannya juga telah mendorong kenaikan harga minyak mentah dunia. Pilihan raya presiden Venezuela 20/05/2018 juga boleh memberikan risiko Geopolitik. Jika AS berfikiran keputusan pilihan raya presiden kali ini “falsified”, Venezuela mungkin dikenakan sekatan baru ekonomi.

 

Inisiatif OPEC menstabilkan harga minyak 2017
Kempen OPEC pada tahun 2017 untuk menstabilkan harga minyak bersama negara bukan OPEC pada 2017 agak terbukti berhasil kerana sejak kata sepakat bagi mengurangkan pengeluaran, harga minyak dunia dilihat perlahan demi perlahan naik. Kempen OPEC ini berjaya mengimbangkan lebihan stok bagi 18 bulan dan mengimbangkan pasaran.

 

Pandangan Organisasi besar dunia terhadap harga minyak

International Energy Agency, IEA – Pengukuhan harga minyak mungkin perlahan kerana AS sentiasa mengikatkan pengeluaran dalam momentum perlahan. IEA mengunjurkan pengeluaran AS adalah pada kapasiti 1.87 MMbpd bagi tahun 2018. https://oilprice.com/Energy/Crude-Oil/IEA-High-Oil-Prices-Taking-a-Toll-On-Demand.html

Morgan Stanley – Harga Brent menghala ke USD90 sehingga tahun 2020 berikutan “Revolusi Penghantaran”. https://www.bloomberg.com/news/articles/2018-05-16/morgan-stanley-says-a-shipping-revolution-has-oil-headed-for-90

Goldman Sachs –  Pada 01/02/2018 Goldman Sachs berpendapat harga Brent mungkin mencecah 82.50 dalam masa 6 bulan. https://www.bloomberg.com/news/articles/2018-05-16/morgan-stanley-says-a-shipping-revolution-has-oil-headed-for-90

JP Morgan Chase & Co. – Harga Brent boleh terus berada di atas USD80 setong jika AS dan EU mengenakan sekatan Iran. https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/04/16/oil-may-be-about-to-spike-and-jpmorgan-has-trades-to-play-it/

 

Kesimpulan?

Harga minyak adalah dalam prospek bagus untuk terus mengikat disebalik unjuran IEA bahawa pengurangan pengeluaran dunia sudah mula stabil. Risiko Geopolitik sentiasa akan memacu harga minyak untuk terus meningkat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: