Adakah Harga Minyak Petrol Akan Terus Meningkat?

Adakah Harga Minyak Petrol Akan Terus Meningkat?

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari berkata kerajaan belum mempunyai sebarang rancangan untuk menangani harga minyak yang sedang meningkat tinggi.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari berkata kerajaan belum mempunyai sebarang rancangan untuk menangani harga minyak yang sedang meningkat tinggi. Namun begitu, kerajaan akan terus meneliti keadaan semasa tanpa memberi sebarang campur tangan terhadap harga yang telah ditetapkan oleh tekanan pasaran.

“Mekanisme penetapan harga baharu akan diteruskan berikutan campur tangan kerajaan adalah tidak praktikal dan menganggu pasaran, yang mana akan menyebabkan lebih banyak ketidaktentuan di dalam perniagaan dan kepada rakyat”, kata beliau.

Johari juga berkata Putrajaya belum lagi membuat sebarang keputusan untuk menghadkan harga runcit petrol ke paras siling di bawah mekanisma penetapan harga apungan minyak yang dilaksanakan setiap minggu sejak akhir bulan Mac lalu.

“Kita belum mempunyai sebarang dasar berkenaan hal tersebut. Pada tahun 2008 yang lalu, harga minyak juga pernah meningkat sehingga RM2.70 satu liter dan tiada sebarang had diperkenakan”, jelas beliau kepada wartawan selepas meramsikan Global Marketing Summit pada hari Khamis minggu lalu.

Johari turut menambah, “Adalah sesuatu yang jelas bahawa minyak dan harga petrol akan naik dan turun. Kita (kerajaan) tidak boleh terus menganggu pasaran setiap kali berlakunya perubahan pada harga”.

Walau bagaimanapun, beliau menyatakan kerajaan hanya akan mula campur tangan membantu golongan dalam kurungan pendapatan tertentu seperti melalui peningkatan bantuan BRIM  dan batuan dana yang lain sekiranya harga minyak dunia dan inflasi meningkat secara drastik yang mana turut meningkatkan pulangan tahunan kepada negara.

Peningkatan yang berterusan sejak beberapa minggu yang lalu dijangka akan diperdebatkan di dalam parlimen kerana sebahagian daripada kementerian menyuarakan pendapatan bahawa perlunya diperkenalan semula subsidi ke atas harga minyak.

Harga petrol per liter kini berada di paras RM2.38 (RON95). RM 2.66 (RON97) dan RM2.25 (Diesel).

Pada tahun 2013, Najib berkata RM29 billion telah disubsidikan oleh kerajaan untuk mengurangkan harga RON95, RON97 dan diesel sebelum ianya dimansuhkan. Kemudian, harga minyak telah dibiarkan apung mengikut perubahan semasa pasaran sejak tahun 2014 yang lalu.

Sumber: The Malay Online

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: