Adakah Kanada Akan Dikecualikan Daripada Perjanjian NAFTA Yang Baru?

Adakah Kanada Akan Dikecualikan Daripada Perjanjian NAFTA Yang Baru?

Fokus pasaran pada hari ini masih tertumpu kepada tajuk-tajuk yang berkaitan dengan perdagangan dengan rundingan antara AS dan Kanada dijangka berlang

Fokus pasaran pada hari ini masih tertumpu kepada tajuk-tajuk yang berkaitan dengan perdagangan dengan rundingan antara AS dan Kanada dijangka berlangsung pada hari ini sejurus Menteri Luar Negeri Chrystia Freeland tiba di Washington selepas beliau membatalkan lawatan ringkas ke Eropah semalam.

Konflik antara Presiden AS Donald Trump dan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau memuncak selepas Trudeau menyuarakan pandangan yang berbeza daripada keputusan yang dicapai dalam sidang kemuncak negara G-7 bulan Julai yang lalu.

Perbalahan ini telah mengakibatkan Trump mengancam untuk keluar daripada perjanjian NAFTA dan telah mengecualikan delegasi Kanada daripada terlibat dengan sebarang rundingan yang baru.

Namun begitu, pertemuan bersama Mexico semalam yang membuahkan hasil positif dimana kedua-dua belah pihak bersetuju dengan syarat-syarat baru perdagangan dua hala yang telah dibincangkan.

Laporan ini telah memberi harapan yang baru kepada pelabur untuk melihat perkara yang sama akan berlaku pada pertemuan Kanada dan AS kali ini.

Walau bagaimanapun, Trump tetap memberi amaran bahawa beliau akan meletakkan tariff ke atas produk automotif Kanada sekiranya mereka tidak setuju dengan perjanjian baru yang akan dibentangkan. Selain itu, Trump turut menggesa untuk mendapatkan konsesi daripada produk tenusu mereka.

Penasihat Ekonomi Trump, Larry Kudlow pada hari Isnin yang lalu berkata “Perjanjian dengan Mexico semalam akan bertindak sebagai butang ‘reset’ bagi mengembalikan perbincangan bersama Kanada.”

Para pegawai pentadbiran AS berharap agar Kanada dapat menyatakan persetujuan sebelum hari Jumaat dimana mereka merancang untuk menghantar notis secara rasmi kepada Kongres yang akan ditandatangani oleh Trump dalam tempoh 90 hari.

COMMENTS

WORDPRESS: 1
  • comment-avatar
    Mr. Nas 6 years ago

    Buy eu sampai 1.174.. huhuh

  • DISQUS: