Adakah Pembeli USD Masih Selamat?

Adakah Pembeli USD Masih Selamat?

Komen Pengerusi Fed, Jerome Powell di Jackson Hole pada hari Jumaat yang lalu telah menghambat dollar ke paras lebih rendah berbanding matawang utama

Komen Pengerusi Fed, Jerome Powell di Jackson Hole pada hari Jumaat yang lalu telah menghambat dollar ke paras lebih rendah berbanding matawang utama dunia yang lain.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain susut -0.96%, kepada 95.08 sepanjang minggu lalu.

Powell mengesahkan bahawa pengetatan dasar secara beransur-ansur diperlukan, namun para pelabur dilihat tidak tertarik dengan kenyataan tersebut.

Mereka lebih memberi tumpuan kepada ulasan mengenai ketiadaan petanda bahawa inflasi akan bergerak lebih cepat dan tiada katalis yang akan meningkatkan risiko ‘overheating’.

Overheating di dalam ekonomi bermaksud apabila negara mengalami pertumbuhan dan aktiviti ekonomi yang baik, inflasi akan melonjak ke paras yang lebih tinggi.

Di tambah dengan luahan ahli FOMC dalam minit mesyuarat Fed yang bimbang dengan perkembangan perdagangan, sektor perumahan serta pasaran negara membangun, para pelabur kini semakin ragu dengan jangkaan rate hike pada bulan Disember.

Hampir keseluruhan data yang dikeluarkan pada minggu lalu menunjukkan kelemahan, bermula daripada kejatuhan jualan rumah baru dan rumah ‘second-hand’ serta pesanan barangan tahan lama.

Bacaan kedua data GDP bagi suku tahun kedua, PMI Chicago, perbelanjaan peribadi dan indeks PCE yang akan dikeluarkan pada minggu ini dijangka tidak dapat memberi kesan yang kuat kepada dollar.

Dengan data-data yang sedikit menjelang cuti hari pekerja AS pada Isnin minggu hadapan, kecairan di dalam pasaran dilihat semakin berkurangan.

Selain daripada ekonomi, perkembangan politik turut memberi kesan langsung kepada greenback. Trump masih lagi selamat daripada dakwaan bekas peguam beliau sendiri, Michael Cohen yang mengaku bersalah atas 8 pertuduhan termasuk penyalahgunaan wang kempen dimana dia menyebut tindakan tersebut dibuat atas arahan ‘calon’ yang bertanding.

Jika hal ini berlarutan, kedudukan Turmp sebagai presiden akan tergugat, sekali gus akan memberi impak negatif kepada dollar.

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: