Dollar kehilangan semua keuntungan yang diperoleh berbanding kesemua matawang lain di awal sesi dagangan Asia didorong oleh pemulihan risk appetite se
Dollar kehilangan semua keuntungan yang diperoleh berbanding kesemua matawang lain di awal sesi dagangan Asia didorong oleh pemulihan risk appetite selepas krisis politik di Itali dilihat semakin reda.
Ketidaktentuan politk di Itali telah menghangatkan perbicangan mengenai masa depan euro. Namun keputusan baru antara dua parti untuk berbincang mengenai pembetukan kerajaan campuran telah menghilangkan kegusaran pasaran terhadap kemungkinan berlakunya pilihan raya semula.
Selain itu, laporan KDNK Q1 dan ADP NFP AS yang mengecewakan turut memberi tekanan kepada dollar pada hari Rabu yang lalu. Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback kini berada di paras 93.74, susut 0.34% setakat jam 3.55 petang.
Laporan pengeluaran industri Jepun bulan April yang dikeluarkan awal pagi tadi adalah lebih rendah berbanding jangkaan, hanya memaparkan peningkatan 0.3% dalam unjuran bulan ke bulan.
Bacaan yang buruk ini sekali gus menekan pelaburan aset-aset berisiko seperti ekuiti dan meningkatkan permintaan safe haven Yen.
Fokus pasaran kini tertumpu kepada laporan inflasi pengguna Zon Eropah (5 petang) dan juga laporan indeks PCE AS (8.30 malam) bagi menentukan momentum pergerakan semasa dollar menjelang laporan NFP pada hari esok.
COMMENTS