Adakah Simposium Jackson Hole Akan Menolak GBP/USD Ke Paras Yang Lebih Tinggi?

Adakah Simposium Jackson Hole Akan Menolak GBP/USD Ke Paras Yang Lebih Tinggi?

Pound Sterling masih mendapat permintaan menjelang persidangan Jackson Hole walaupun diselubungi ketidaktentuan Brexit. Hal ini didorong oleh data

Pound Sterling masih mendapat permintaan menjelang persidangan Jackson Hole walaupun diselubungi ketidaktentuan Brexit.

Hal ini didorong oleh data ekonomi UK yang lebih baik dari jangkaan yang mana mengurangkan kebimbangan pasaran terhadap prospek kadar faedah negatif dari Bank Pusat England.

Namun begitu, sebahagian penganalisis melihat kelemahan pound hanya ditutup oleh kelemahan berterusan dolar AS.

Mereka pesimis terhadap pengukuhan pound dan melihat risiko peningkatan EUR/GBP ke paras 0.92 dalam tempoh 2 hingga 3 bulan jika isu perdagangan bersama EU tetap berakhir dengan kebuntuan.

Sementara itu, pergerakan GBP/USD pula akan bergantung kepada hasil simposium dasar monetari Jackson Hole pada hari Jumaat.

Dengan kerendahan kadar inflasi yang berterusan, Fed dijangka mengisyaratkan keperluan kadar faedah rendah yang lebih lama dalam persidangan yang bertajuk “Navigating the Decade Ahead: Implications for monetary policy”.

Ucap tama Pengerusi Fed, Jerome Powell pula akan memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pasaran mengenai tinjauan dasar monetari Fed dan jangkaan sasaran inflasi.

Butiran tersebut penting bagi membina jangkaan kemunduran USD sepanjang musim panas serta jangkaan terhadap keputusan dasar FOMC pada pertemuan 15-16 September hadapan.

Oleh itu, kedua-dua faktor di atas dapat memberi sokongan kepada peningkatan GBP/USD sehinggalah terdapat penelitian baru dari sudut fundamental dan teknikal.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: