Agoda & AirAsia.com Jalin Kerjasama Strategik

Agoda & AirAsia.com Jalin Kerjasama Strategik

Agoda, platform pelancongan digitial terkemuka dunia dan AirAsia.com sebagai platform e-dagang pelancongan dan gaya hidup terpesat di ASEAN mengumumk

Agoda, platform pelancongan digitial terkemuka dunia dan AirAsia.com sebagai platform e-dagang pelancongan dan gaya hidup terpesat di ASEAN mengumumkan kerjasama strategik bagi meransang aktiviti pelancongan di Asia Tenggara dan mengukuhkan penawaran aplikasi ‘SuperAirAsia’

Kerjasama antara dua penyedia utama perkhidmatan pelancongan dalam talian ini akan saling memanfaatkan kekuatan platform digital masing-masing.

Melalui perkongsian inventori penerbangan dan hotel, para pengguna akan mendapat akses pilihan produk yang pelbagai dan lebih meluas, menikmati kemudahan yang lebih besar dan mendapat keuntungan dari harga yang berpatutan.

Inisiatif dari kerjasama tersebut merangkumi pakej perjalanan, keistimewaan keahlian, dan juga pemasaran produk bersama.

Pelanggan AirAsia.com kini dapat menikmati lebih banyak variasi dengan gabungan lebih dari 600,000 penginapan Agoda dan jaminan nilai tambang AirAsia yang berpatutan dengan tempahan melalui SNAP.

Kerjasama dengan Agoda adalah sebahagian daripada strategik seluruh AirAsia Group untuk menghidupkan semula pelancongan dengan jangkaan sempadan Asia Tenggara akan dibuka semula dalam masa terdekat, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes hari ini.

“Kami mengambil kesempatan sepanjang tempoh pemberhentian operasi untuk bekerja secara inovatif bersama rakan strategik seperti Agoda, sehingga kami dapat menawarkan layanan perjalanan dan gaya hidup para tetamu dengan lebih baik.”, jelas beliau.

Tony juga menambah, “Terdapat lebih banyak usaha strategik sedang diusahakan, yang akan kami umumkan pada waktu yang sesuai”.

CEO Agoda John Brown berkata: “Keinginan orang ramai untuk melancong masih kuat, dan kami percaya bahawa kerjasama kami dengan AirAsia akan membantu memudahkan para pelancong mencari tawaran yang lebih bernilai dengan mudah apabila mereka hendak meneroka sekali lagi.”

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: