Ahli FOMC Cenderung Mengetatkan Dasar Kewangan Seawal November

Ahli FOMC Cenderung Mengetatkan Dasar Kewangan Seawal November

Minit mesyuarat FOMC terbaru menunjukkan kecenderungan para pembuat dasar untuk mengurangkan rangsangan monetari seawal November kecuali jika berlaku

Minit mesyuarat FOMC terbaru menunjukkan kecenderungan para pembuat dasar untuk mengurangkan rangsangan monetari seawal November kecuali jika berlaku perubahan mendadak terhadap ekonomi AS.

Topik mengenai tarikh untuk Fed mengurangkan program pembelian bon bulanan mereka menjadi tajuk yang paling diteliti dalam laporan semalam dan FOMC memberi isyarat bahawa waktunya akan tiba tidak lama lagi.

Minit tersebut juga menunjukkan para pembuat dasar semakin positif untuk berbahas mengenai rancangan bagi mengecilkan pembelian bon seawal pertemuan bulan November dan menamatkannya pada pertengahan tahun 2022.

Ahli FOMC menegaskan bahawa “jika pemulihan ekonomi kekal di atas landasan, mengakhiri proses tapering secara beransur-ansur pada pertengahan tahun hadapan mungkin sesuai.”

Fed kini masih membeli bon Perbendaharaan bernilai AS$ 80 bilion dan bon yang dijamin oleh gadai janji bernilai AS$ 40 bilion setiap bulan.

Dasar ini mula dilaksanakan pada awal tahun lalu susulan krisis pandemik Covid-19 yang telah menyebabkan kemelesetan di luar jangkaan. Namun pelaksanaan dasar itu terus dihujani persoalan sejak beberapa bulan yang lalu berikutan peningkatan mendadak inflasi.

Laporan minit mesyuarat semalam juga menunjukkan para pembuat dasar cenderung untuk mengecilkan pembelian bon Perbendaharaan sebanyak AS$10 bilion sebulan sementara bagi bon yang dijamin oleh gadai janji dikurangkan sebanyak AS$5 bilion sebulan.

Dengan inflasi yang meningkat sepanjang tahun ini, unjuran bank pusat yang dikeluarkan pada pertemuan bulan lalu menunjukkan bahawa kadar faedah mungkin dapat ditingkatkan kepada sifar seawal tahun depan.

Hal ini kerana, ahli FOMC mengakui bahawa inflasi berpotensi menjadi lebih buruk kerana gangguan rantaian bekalan dan kekurangan pekerjaan yang lebih lama.

Mengulas mengenai kesan Covid-19, sebahagian pembuat dasar melihat sektor buruh hanya akan kembali ke tahap pra wabak selepas jangkitan virus mereda.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: