AirAsia Jepun Fail Permohonan Kebankrapan Sebulan Selepas Operasi Dihentikan

AirAsia Jepun Fail Permohonan Kebankrapan Sebulan Selepas Operasi Dihentikan

AirAsia Group Bhd. pada 5 Oktober lalu telah mengumumkan penutupan operasi AirAsia Japan Co Ltd (AAJ) serta merta bagi mengurangkan beban kewangan sy

AirAsia Group Bhd. pada 5 Oktober lalu telah mengumumkan penutupan operasi AirAsia Japan Co Ltd (AAJ) serta merta bagi mengurangkan beban kewangan syarikat dan kumpulan.

AirAsia Group Bhd yang memiliki 66.91% kepentingan ekuiti dalam AAJ dan hak mengundi sebanyak 33% telah membuat keputusan tersebut berikutan situasi operasi yang amat mencabar di Jepun yang semakin terbeban dengan krisis pandemik Covid-19.

Lanjutan daripada penutupan itu, AAJ pada 17 November 2021 telah memfailkan kebankrapan.

“Hal ini kerana ketidakmampuan membayar akibat kemerosotan permintaan perjalanan berikutan sekatan pergerakan yang dikenakan susulan wabak koronavirus”, jelas AirAsia dalam pemfailkan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Dalam satu kenyataan yang lain, AirAsia menerusi laman sesawang menyuarakan keyakinan mereka bahawa syarikat akan kembali kukuh dengan harapan pergerakan antarbangsa dapat beroperasi semula dengan penemuan vaksin Covid-19.

Mereka berkata laporan statistik operasi pada suku tahun ketiga 2020 menunjukkan pemulihan berbanding suku tahun sebelumnya, terutamanya pada setiap penerbangan utama domestik.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: