Airasia Lanjut Tempoh Sah Akaun Kredit Hingga Tiga Tahun

Airasia Lanjut Tempoh Sah Akaun Kredit Hingga Tiga Tahun

Penumpang syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Group Bhd pada hari ini mengumumkan lanjutan tempoh sah kredit bagi pelanggan yang memiliki aka

Penumpang syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Group Bhd pada hari ini mengumumkan lanjutan tempoh sah kredit bagi pelanggan yang memiliki akaun kredit yang dikeluarkan sebelum 30 Jun tahun ini.

Menurut Airasia, kesemua akaun kredit tersebut akan dilanjutkan secara automatik dan para penumpang akan mendapat nilai tempahan penerbangan mereka sehingga tiga tahun dari tarikh dikeluarkan.

Tempoh lanjutan itu hanya sah untuk tempahan dalam talian yang dibuat melalui airasia.com atau AirAsia Super App, jelas syarikat penerbangan itu.

Bagi pelanggan yang membuat tempahan berkumpuan atau dengan ejen pelancongan, mereka perlu merujuk ejen tempahan masing-masing untuk bantuan selanjutnya.

Ketua Pegawai kebahagiaan pelanggan AirAsia, Adam Geneave berkata, “Kami berbesar hati untuk melanjutkan tempoh sah akaun kredit pelanggan kami selama tiga tahun, selain menyediakan fleksibiliti untuk tempahan di masa depan pada bila-bila masa, untuk mana-mana destinasi di bawah mana-mana operasi penerbangan Airasia, walaupun pada musim puncak”.

“Akaun kredit tidak terhad kepada orang yang membuat tempahan asal, tetapi boleh digunakan untuk membayar penerbangan orang lain,” tambah beliau.

AirAsia terpaksa menghentikan sebahagian besar penerbangan tetapnya sejak Mac 2020 berikutan sekatan perjalanan dan penutupan sempadan antarabangsa yang disebabkan oleh kesan berterusan dari wabak Covid-19.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: