AirAsia Perlukan Suntikan Tunai Sehingga RM 2.5b Untuk Menanggung Beban Dari Krisis Covid-19

AirAsia Perlukan Suntikan Tunai Sehingga RM 2.5b Untuk Menanggung Beban Dari Krisis Covid-19

Kumpulan AirAsia sedang berusaha mengumpulkan dana sebanyak RM2.5 bilion pada akhir tahun ini untuk memastikan syarikat dapat bertahan dari kemerosot

Kumpulan AirAsia sedang berusaha mengumpulkan dana sebanyak RM2.5 bilion pada akhir tahun ini untuk memastikan syarikat dapat bertahan dari kemerosotan yang parah akibat krisis wabak koronavirus.

Memetik laporan Reuters, syarikat penerbangan bajet Malaysia tersebut berkemungkinan akan memohon pinjaman sehingga RM 1.5b dari pihak bank dan RM 1b dari pihak pelabur.

Secara umumnya, syarikat-syarikat penerbangan diseluruh dunia sedang menghadapi kerugian berikutan ribuan operasi kapal terbang di sebahagian besar negara terpaksa dihentikan.

AirAsia pada bulan lalu melaporkan kerugian suku tahunan terbesar selepas kembali beroperasi secara domestik pada akhir bulan April, namun masih belum dapat menerbangkan unit AirAsia X.

Juruaudit dari Ernst & Young mengatakan pada bulan Julai bahawa kemampuan AirAsia untuk terus beroperasi dibimbangi dalam keadaan yang “amat meragukan”.

AirAsia telah memotong gaji pengurusan, membuang pekerja dan menangguhkan penghantaran pesawat bagi mengurangkan kos sebanyak 30% pada tahun ini.

Sementara itu, syarikat AirAsia X pada bulan lalu menyebutkan bahawa mereka perlu mendapatkan kesepakatan dari pemiutang utama untuk menyusun semula hutang tertunggak berikutan “kekangan kecairan yang teruk” sehingga mengancam kemampuan untuk kembali beroperasi.

Menurut bursa yang difailkan pada hari Jumaat lepas, unit kapal terbang bajet jarak jauh dan AAX Leasing Two Ltd milik AirAsia telah menerima tuntutan dari BOC Aviation terhadap jumlah tertunggak AS$ 23 juta yang perlu dijelaskan di bawah perjanjian sewa.

AirAsia juga dilaporkan sedang menilai semula keperluan operasi mereka di Jepun dan India bagi mengukuhkan perniagaan mereka di Asia Tenggara.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: