AirAsia X Malaysia & Thailand Kekal Dalam Keadaan ‘Hibernasi’

AirAsia X Malaysia & Thailand Kekal Dalam Keadaan ‘Hibernasi’

AirAsia X pada hari Isnin mengumumkan pada bahawa armada pesawat milik mereka kekal dalam keadaan "hibernasi" berikutan penutupan penerbangan antarab

AirAsia X pada hari Isnin mengumumkan pada bahawa armada pesawat milik mereka kekal dalam keadaan “hibernasi” berikutan penutupan penerbangan antarabangsa secara global akibat penularan wabak Covid-19.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini, faktor muatan penumpang (PLF) di Malaysia pada Q2 berada di paras 38%, sementara jumlah penumpang yang dibawa dicatatkan sekitar 2,291 orang, yang mana diperoleh menerusi penerbangan kargo dengan jumlah penumpang yang minimum pada bulan April 2020.

Perhitungan PLF dibuat berdasarkan pembahagian jumlah penumpang yang dibawa dengan kapasiti atau jumlah tempat duduk yang diterbangkan.

Pada 2Q20, AirAsia X mengatakan kapasiti operasi Malaysia telah menurun 100% kepada 6,032 tempat duduk daripada 1.81 juta tempat duduk pada tahun sebelumnya.

Sementara PLF bagi operasi di Thailand pada 2Q20 pula berada di paras 82% dengan 377 tempat duduk dan 309 penumpang dibawa sepanjang tempoh tersebut.

“Sebagaimana AirAsia X Malaysia, operasi kami di Thailand juga mengumumkan hibernasi armadanya awal tahun ini, dan kekal dalam keadaan tersebut sehingga hari ini,” jelas AirAsia X.

AirAsia X menyebutkan ukuran armada yang beroperasi Malaysia adalah 24 pesawat A330 sementara di Thailand kekal dengan jumlah 14 pesawat A330 pada Q2 dan baki dua pesawat A330 digunakan oleh operasi mereka di Indonesia.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: