Alibaba Sedang Persiapkan Pelaburan Lebih RM 12b Dalam Grab

Alibaba Sedang Persiapkan Pelaburan Lebih RM 12b Dalam Grab

Bloomberg News pada hari ini melaporkan bahawa Alibaba Group Holding Ltd kini sedang dalam perbincangan untuk melabur sebanyak AS$ 3bilion (RM 12.45b

Bloomberg News pada hari ini melaporkan bahawa Alibaba Group Holding Ltd kini sedang dalam perbincangan untuk melabur sebanyak AS$ 3bilion (RM 12.45b) ke dalam Syarikat pengangkutan terbesar di Asia Tenggara Grab Holdings Inc.

Konglomerat China tersebut akan menjadi satu-satunya pelabur dalam pusingan pembiayaan kali ini dan akan membelanjakan sebahagian dari dana tersebut untuk mendapatkan saham Grab yang dipegang oleh Uber Technologies Inc, jelas Bloomberg memetik sumber tanpa nama.

Uber yang telah menyerahkan operasi Asia Tenggara kepada Grab pada bulan Mac 2018, mempunyai 27.5 peratus pegangan saham dalam perniagaan Grab.

Pada bulan April, Uber mengatakan bahawa mereka menjangkakan susut nilai sehingga AS$ 2.2b, dan menambah bahawa kos tersebut akan bertentangan dengan nilai yang dibawa sebahagian pelaburan ekuiti minoriti syarikat berikutan impak wabak ke atas anggaran nilai entiti tersebut .

Grab, yang dianggarkan bernilai AS$ 14 bilion dan mendapat sokongan dana dari SoftBank Group Corp, telah mengembangkan sayap mereka ke dalam perkhidmatan kewangan, penghantaran makanan dan pembayaran mudah alih sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Malah pengembangan tersebut telah dilaksanakan sebelum terjadinya krisis wabak yang membebankan perniagaan utama mereka dalam bidang pengangkutan.

Pada bulan Jun, Grab mengumumkan pengurangan kakitangan sebanyak 5 peratus bagi mengurangkan kos dalam keadaan pertumbuhan bergerak lebih perlahan.

Walau bagaimanapun, tiada pengesahan rasmi masih dikeluarkan oleh Grab, Alibaba dan Uber terhadap laporan Bloomberg tersebut.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: