dollar-usd-3-e1540742410676

Aliran Menurun Dolar AS Terhenti Menjelang Laporan NFP

Pasaran kewangan dalam keadaan lebih bertenang pada hari Khamis berikutan para pelabur sedang menilai semula posisi dagangan mereka menjelang laporan NFP bulan September Jumaat ini.

Aliran menurun dolar juga kelihatan reda dengan sebahagian ahli ekonomi berpandangan bahawa dolar AS akan pulih daripada tahap semasa walaupun bukan dengan lonjakan yang besar.

“Adalah sukar untuk melihat pencetus yang jelas untuk mengubah sentimen risiko semalam, dan ia mungkin berpunca daripada pasaran yang tidak bersedia untuk bertaruh lebih besar ke atas pivot Fed,” kata ahli ekonomi ING dalam notanya.

“Naratif hawkish Fed yang masih wujud, akhirnya mengehadkan pemulihan dalam aset berisiko dan menawarkan sokongan lebih meluas kepada dolar,” tambahnya.

Selain itu, ketegangan geopolitik juga dilihat terus memberi sokongan kepada dolar sebagai pilihan mata wang selamat.

Sebahagian penganalisis menjangkakan bahawa dolar AS akan mengekalkan momentum menaik sehingga esok untuk berada di antara 112 hingga 113 mata.

Setakat jam 8.40 malam, indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawag utama lain didagang sekitar 111.50 mata, naik 0.38 peratus.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *