wall-street-2

Alphabet, Microsoft Mendahului Jualan Saham Mega, Bakal Memadam AS$295b Nilai Pasaran

Saham pemodalan dalam kategori mega didagang rendah pada pra-pasaran Wall Street hari ini selepas laporan kemas kini laporan suku tahunan yang mengecewakan daripada Alphabet Inc dan Microsoft Corp.

Kemerosotan itu dijangka menghapuskan kira-kira AS$295 bilion nilai pasaran daripada gergasi-gergasi teknologi AS.

Syarikat induk Google itu berkata bahawa mereka akan memperlahankan perbelanjaan pengambilan dan kawalan, memberi isyarat bahawa syarikat kini sedang menghadapi masa sukar ditengah-tengah kegoyahan ekonomi.

Microsoft pula memberikan unjuran jualan pengkomputeran awan Azure yang hambar. Kedua-dua saham gergasi teknologi itu turun kira-kira 6% dalam dagangan pra-pasaran.

“Mesej utama ialah perbelanjaan dikurangkan,” kata Neil Campling, seorang penganalisis di Mirabaud Securities.

Niaga hadapan Indeks 100 Nasdaq susut 1.6% pada awal dagangan hari Rabu apabila fokus kembali tertumpu kepada kesan kenaikan kadar faedah Fed ke atas pendapatan dan ekonomi.

Bacaan indeks yang menjadi tolok bagi sektor teknologi itu telah menjunam lebih daripada 28% tahun ini, kekal berada di landasan untuk prestasi tahunan terburuk sejak 2008.

Sementara pesaing dalam sektor teknologi yang lain seperti Amazon.com Inc, Meta Platforms Inc, Nvidia Corp, Tesla Inc dan Apple Inc juga mencatatkan kejatuhan antara 3.9% dan 0.7%.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *