Amaran IMF, ‘No-Deal’ Brexit Akan Kurangkan 6 Peratus GDP UK

Amaran IMF, ‘No-Deal’ Brexit Akan Kurangkan 6 Peratus GDP UK

IMF sebelum ini pernah mengeluarkan amaran kepada UK sebelum undian Brexit dilakukan pada Jun 2016. Pada hari Rabu, mereka mengatakan bahawa UK aka

IMF sebelum ini pernah mengeluarkan amaran kepada UK sebelum undian Brexit dilakukan pada Jun 2016.

Pada hari Rabu, mereka mengatakan bahawa UK akan kehilangan 6 peratus GDP dalam tempoh 4 tahun jika meninggalkan Kesatuan Eropah tanpa sebarang syarat peralihan perdagangan.

Mereka turut menjelaskan bahawa mendapatkan perjanjian perdagangan dapat mengurangkan separuh kerosakan ke atas ekonomi yang berlaku akibat daripada isu sempadan perdagangan, pengurangan pelaburan asing dan imegresen.

Dua bulan lalu, pengarah urusan IMF Christine Lagarde berkata beliau menjangkakan UK yang merupakan pemilik ekonomi kelima terbesar didunia akan mengecil jika mereka keluar tanpa perjanjian.

IMF turut menegaskan kepentingan tempoh masa yang disepakati bersama EU bagi mengelakkan peralihan yang buruk pada Mac 2019, disamping memberi ruang masa kepada syarikat dan pekerja untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru.

PM UK Theresa May kini di dalam usaha untuk mendapatkan persetujuan jemaah menteri sebelum diluluskan oleh parlimen dan EU.

Sebahagian penyokong Brexit mengatakan UK lebih baik untuk keluar daripada Brussels tanpa sebarang perjanjian jika EU tidak dapat memenuhi tuntutan mereka untuk berdagang di bawah peraturan WTO.

Senario ‘no-deal’ dilihat memberi kebebasan kepada UK untuk mengenakan regulasi sendiri dalam urusan perdagangan bersama negara ketiga (third countries).

Namun May mementingkan perjanjian peralihan yang diharap dapat mengekalkan perdagangan bebas baragan dan bukan perkhidmatan, disamping mengenakan kawalan imigresen di kawasan EU.

IMF juga melihat senario berdagang di bawah peraturan WTO akan memberi kesan buruk kepada pertumbuhan, susut antara 5-8 peratus.

Angka ini dilihat lebih buruk jika dibandingkan dengan senario ‘no-deal’ yang mana dijangka menekan pertumbuhan sekitar purata 6 peratus.

Ekonomi UK telah bergerak perlahan sejak undian Brexit dua tahun yang lalu dan pertumbuhan tahunan telah jatuh daripada berada di paras tertinggi antara negara G7, kini menghampiri paras terendah.

Penurunan ini berlaku berikutan para peniaga menghentikan sementara pelaburan mereka dan peningkatan inflasi telah mengurangkan pendapatan bersih isi rumah.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: