Amaran Syarikat Apple Inc China Mencetus ‘Flash Crash’, Membenam GBP/USD Ke Paras 1.2440

Amaran Syarikat Apple Inc China Mencetus ‘Flash Crash’, Membenam GBP/USD Ke Paras 1.2440

Pasangan matawang GBP/USD kini stabil didagang sekitar pertengahan 1.2500 selepas jatuh ke paras terendah 21 bulan yang lalu akibat kejutan 'flash cra

Pasangan matawang GBP/USD kini stabil didagang sekitar pertengahan 1.2500 selepas jatuh ke paras terendah 21 bulan yang lalu akibat kejutan ‘flash crash’ yang berlaku.

Kejatuhan GBP/USD ke paras terendah April 2017 pada awal sesi pasaran Asia hari Khamis berpunca daripada tindakan para pelabur memindahkan dana pelaburan mereka ke dalam aset-aset safe haven.

Tindakan ini dibuat sejurus syarikat Apple melaporkan penurunan unjuran pendapatan mereka kepada $84 billion disebabkan oleh kelembapan ekonomi di China dan perang perdagangan AS-China.

Ekonomi China telah mula bergerak perlahan pada pertengahan tahun 2018 yang lalu, dan pertumbuhan GDP sejak suku bulan September adalah yang terendah dalam tempoh 25 tahun.

Hal ini menunjukkan keadaan ekonomi di China sangat terkesan dengan ketegangan hubungan perdagangan bersama AS yang semakin meningkat.

GBP/USD ini walau bagaimanapun semakin pulih apabila pasaran memasuki beberapa sesi dagangan pada hari Khamis, berjaya mengurangkan kerugian harian dan kembali didagang menghampiri paras 1.2600

Sehingga jam 6.50 petang, GBP/USD didagang sekitar 1.2572, kekal dengan penyusutan sekitar -0.26% atau 32 pips.

Antara isu lain yang menghadkan pemulihan pound adalah kenyataan daripada Setiausaha Brexit UK yang menjelaskan bahawa kemungkinan berlakunya ‘no deal’ adalah lebih tinggi jika parlimen UK menolak syarat perjanjian yang dikemukakan oleh PM Theresa May.

Namun dengan kejatuhan pound ke paras terendah 21 bulan yang lalu berbanding dollar dilihat telah menghasilkan corrective move di dalam pasaran, sekali gus mengenepikan kelemahan pada data PMI Pembinaan UK bagi bulan Disember yang telah dikeluarkan pada jam 5.30 petang.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: