amazon-electric-truck

Amazon Akan Labur Lebih 1 Billion Euro Dalam Trak, Van Elektrik Eropah

Amazon.com Inc berkata pada hari Isnin bahawa ia akan melabur lebih daripada 1 bilion euro dalam tempoh lima tahun akan datang dalam pelaburan van dan trak elektrik serta hab pembungkusan rendah karbon di seluruh Eropah.

Gergasi e-dagang itu berkata pelaburan tersebut bertujuan untuk memacu inovasi merentasi industri pengangkutan dan menggalakkan lebih banyak infrastruktur pengecasan awam untuk kenderaan elektrik (EV).

Pelaburan itu juga akan membantu kumpulan van elektriknya di Eropah mengeluarkan lebih tiga kali ganda daripada 3,000 kenderaan kepada lebih 10,000 menjelang 2025.

Amazon memaklumkan bahawa sebanyak 3,000 van bebas karbon telah digunakan untuk membuat lebih 100 juta penghantaran pada 2021.

Syarikat itu juga berhasrat untuk membeli lebih 1,500 buah kenderaan elektrik lagi beberapa tahun kehadapan yang akan digunakan untuk penghantaran ke hab pembungkusan.

Walaupun beberapa firma logistik besar termasuk syarikat penghantaran pakej UPS dan FedEx komited untuk membeli sejumlah besar van dan trak elektrik, namun masih tidak banyak unit yang tersedia untuk pembelian.

Tempahan van elektrik terbesar Amazon adalah untuk 100,000 kenderaan daripada Rivian Automotive Inc hingga 2025.

Amazon juga berkata bahawa di samping EV, ia akan melabur dalam beribu unit pengecas di kemudahan seluruh Eropah.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *