Amazon Henti Terima Kad Kredit Visa Di UK Kerana Yuran Transaksi Yang Tinggi

Amazon Henti Terima Kad Kredit Visa Di UK Kerana Yuran Transaksi Yang Tinggi

Amazon.com akan berhenti menerima kad kredit Visa yang dikeluarkan di United Kingdom mulai tahun depan berikutan yuran transaksi yang tinggi, kata ge

Amazon.com akan berhenti menerima kad kredit Visa yang dikeluarkan di United Kingdom mulai tahun depan berikutan yuran transaksi yang tinggi, kata gergasi e-dagang itu pada hari Rabu.

Dalam artikel yang lain, Bloomberg melaporkan bahawa Amazon sedang berusaha untuk memindahkan kad kredit jenama bersamanya daripada Visa kepada Mastercard Inc.

Amazon berkata keputusan tentang UK itu akan berkuat kuasa pada 19 Januari 2022. Dalam satu kenyataan lain, gergasi e-dagang itu berkata caj sedemikian sepatutnya “menurun dari semasa ke semasa dengan kemajuan teknologi, tetapi sebaliknya mereka terus kekal tinggi atau meningkat.”

Namun, para pelanggan masih boleh menggunakan kad debit Visa, kad kredit Mastercard dan Amex, dan Eurocard, kata Amazon dalam nota kepada pelanggan.

Konsortium Peruncitan Britain (BRC) berkata para peruncit lain di UK menghadapi caj yang lebih tinggi untuk pembayaran rentas sempadan, berikutan keluarnya Britain dari Kesatuan Eropah.

Kebiasaannya peruncit akan menanggung cas daripada Visa sebagai kos akses kepada rangkaian pengguna kadnya yang besar, namun hal itu mungkin berubah.

Langkah itu menandakan “titik perubahan penting dalam industri pembayaran,” kata Laura Hoy, penganalisis ekuiti di Hargreaves Lansdown, sambil menambah Amazon mungkin berharap untuk mendorong lebih ramai pelanggan ke sistem pembayarannya sendiri.

“Kesimpulannya, kami melihat Amazon mempunyai kelebihan dalam permainan ini, sama ada pelanggan menggunakan sistem pembayarannya sendiri atau Visa mengalah dan menurunkan yurannya, kedua-duanya adalah kemenangan untuk gergasi online itu,” kata Hoy.

Sebelum ini peruncit besar lain telah menyelesaikan pertikaian yuran dengan Visa selepas mengumumkan mereka akan berhenti mengambil kad kredit Visa dalam segmen kecil perniagaan mereka.

Sebagai contoh, unit Walmart Inc di Kanada pada 2016 berkata mereka akan berhenti menerima kad kredit Visa selepas tidak dapat mencapai persetujuan mengenai yuran.

Tujuh bulan kemudian syarikat itu berkata mereka telah menyelesaikan perkara itu selepas kira-kira 20 kedai berhenti mengambil kad Visa.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: