Amazon & Matrade Jalin Kerjasama, Promosi Produk Malaysia Ke Pasaran Global

Amazon & Matrade Jalin Kerjasama, Promosi Produk Malaysia Ke Pasaran Global

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (​MATRADE) sedang menjalin kerjasama dengan gergasi e-dagang, Amazon Global Selling bagi mempromosik

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (​MATRADE) sedang menjalin kerjasama dengan gergasi e-dagang, Amazon Global Selling bagi mempromosikan bersama produk buatan Malaysia ke pasaran global.

Dalam satu kenyataan semalam, CEO Matrade, Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata bidang yang menjadi tumpuan adalah promosi bersama Program eTrade 2.0 MATRADE.

Tujuan program ini adalah untuk membantu syarikat-syarikat baharu memulakan e-dagang merentasi sempadan dan mendidik perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tentang bagaimana mereka dapat menggunakan alat dan sumber yang ditawarkan melalui inisiatif untuk memulakan perjalanan mereka menjual secara global melalui Amazon.

Program eTrade 2.0 yang dilaksanakan sejak Mac lalu telah membantu meningkatkan eksport PKS menerusi laman web e-dagang dan mendapat sokongan penuh kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta agensinya, MATRADE.

“Program ini juga memastikan PKS tetap berdaya tahan pada masa yang mencabar ketika ini. Hasil eksport yang dijana akan memberi manfaat kepada penerima di keseluruhan rantaian bekalan eksport,” jelas Aziz dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Amazon Global Selling Asia Tenggara, Bernard Tay, berkata Amazon berharap dapat menyokong peniaga tempatan memulakan misi eksport atau meningkatkan perniagaan eksport semasa mereka serta membantu mengembangkan kehadiran dalam e-dagang rentas sempadan.

“Amazon juga komited menjadikan eksport dan e-dagang rentas sempadan lebih mudah bagi perniagaan Malaysia dan membolehkan mereka memanfaatkan sepenuhnya potensi masing-masing,” ujar beliau dalam siaran akhbar semalam.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: