Amazon Naikkan Kadar Bayaran Gaji Sejam Dengan Tambahan Hampir AS$1b Setahun

Amazon Naikkan Kadar Bayaran Gaji Sejam Dengan Tambahan Hampir AS$1b Setahun

Amazon.com Inc mengumumkan kenaikan gaji bagi pekerja yang dibayar mengikut jam di AS yang dikatakan akan menjadikan purata gaji permulaan bagi keban

Amazon.com Inc mengumumkan kenaikan gaji bagi pekerja yang dibayar mengikut jam di AS yang dikatakan akan menjadikan purata gaji permulaan bagi kebanyakan pekerja barisan hadapan dalam pergudangan dan pengangkutan kepada lebih daripada AS$19 sejam.

Jurucakap Amazon berkata kadar minimum gaji bagi semua pekerja yang diupah mengikut jam AS kekal tidak berubah sebanyak AS$15 sejam .

Sementara bagi pekerjaan dalam kumpulan kepuasan pelanggan dan pengangkutan, gaji permulaan akan meningkat kepada AS$16 sejam, tambahnya.

Syarikat yang berpangkalan di Seattle itu berkata kenaikan tersebut mewakili perbelanjaan tambahan hampir AS$1 bilion sepanjang tahun hadapan.

Amazon merupakan syarikat swasta kedua terbesar di AS, di belakang Walmart Inc. Amazon telah menggaji lebih 1.1 juta orang di AS pada akhir tahun 2021.

Jumlah tenaga kerja syarikat adalah lebih daripada 1.5 juta pada 30 Jun. Kebanyakan pekerja tersebut ialah pekerja yang dibayar mengikut jam, bertugas dibahagian pembungkusan dan penghantaran, atau bekerja di kedai runcit seperti Whole Foods Market dan Amazon Fresh.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Amazon juga akan memperluaskan akses kepada program yang membolehkan pekerjanya dibayar lebih kerap, sekali atau dua kali sebulan.

Amazon telah berdepan dengan aktivisme pekerja dan desakan kesatuan sekerja di beberapa fasilitinya termasuk di gudang kawasan Albany, New York di mana undian dijadualkan pada bulan depan.

Syarikat itu juga berhadapan dengan pilihan raya pada April lalu di mana lebih 8,000 pekerja di sebuah gudang Staten Island, New York, memenangi hak untuk diwakili oleh kesatuan sekerja.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: