Amazon Umumkan Pencarian Lebih 100,000 Pekerja Baru Pada Bulan Ini

Amazon Umumkan Pencarian Lebih 100,000 Pekerja Baru Pada Bulan Ini

Sekatan pergerakan bagi membendung penularan virus telah menyemarakkan penggunaan aplikasi atas talian sehingga mendorong lonjakan mendadak permintaa

Sekatan pergerakan bagi membendung penularan virus telah menyemarakkan penggunaan aplikasi atas talian sehingga mendorong lonjakan mendadak permintaan e-dagang.

Situasi ini telah menyebabkan peruncit dalam talian terbesar di dunia, Amazon.com Inc pada hari Isnin lalu mengumumkan pencarian 100,000 pekerja lagi, yang mana merupakan peluang pekerjaan keempat yang ditawarkan oleh syarikat tersebut pada tahun ini.

Mereka berkata tawaran tersebut adalah melibatkan posisi sepenuh masa dan sambilan di AS dan Kanada, termasuk tugasan di 100 gudang dan tapak operasi baru yang akan dibuka pada bulan ini.

Amazon pada awal bulan yang lalu telah mengumumkan pembukaan 33,000 pekerjaan bagi bahagian korporat dan teknologi, beberapa bulan selepas 100,000 pekerja operasi direkrut pada bulan Mac dan 75,000 lagi pada bulan April.

Sehingga 30 Jun yang lalu, syarikat yang berpangkalan di Seattle ini telah menggaji 876,800 orang, tidak termasuk kontraktor dan kakitangan sementara.

Berita di atas mencerminkan keperluan berterusan Amazon untuk mengambil para pekerja bagi tugasan memilih, mengemas, dan menghantar produk kepada para pembeli selepas mencatat kenaikan pendapatan 40% pada suku tahun lalu yang mana merupakan keuntungan terbesar dalam sejarah 26 tahun penubuhan mereka.

Pada waktu yang sama, Amazon juga dilaporkan telah melancarkan sistem automasi di bangunan terbarunya sebagaimana yang dijelaskan oleh Alicia Boler Davis, Timbalan Presiden Global Customer Fulfillment Amazon.

“Kami akan terus menggunakan teknologi di mana yang sesuai, bermula dari perspektif keselamatan” dan “di mana kami dapat menambah baik operasi keseluruhan kami”, kata Boler Davis.

Beliau tidak mengulas apakah sistem automasi tersebut bermaksud mengecilkan jumlah pekerja di setiap gudang, namun hanya menyebutkan sistem itu akan digunakan sebagai sokongan kepada para pekerja.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: