Analisa Teknikal AudUsd 23 Ogos 2022

AudUsd di TimeFrame H4.

  • Pandangan saya tentang AudUsd ini masih sama seperti semalam di mana saya akan fokus pada peluang sell.
  • Ketika ini, Trend Daily harga masih lagi dalam kedudukan Downtrend. Rujuk Analisa Teknikal AudUsd 22 Ogos 2022.
  • Di Timeframe H4 ini, trend harga masih dalam kedudukan Downtrend, sama seperti di TimeFrame Daily.
  • Akan tetapi, sebagai tambahan analisa semalam, di TimeFrame H4 ini, harga sepertinya ingin membentuk Chart Pattern Head And Shoulder di mana ketika ini harga mungkin akan retrace/naik dahulu untuk membuat bahu kanan sebelum turun semula mengikut trend asal iaitu Downtrend dan melengkapkan Chart Pattern HnS tersebut.
  • Saya akan fokus pada peluang sell memandangkan trend harga masih kuat untuk turun.
  • Saya akan tunggu peluang re entry sell di Resistance Daily (Line Hitam) atau di Uptrend Trendline bersama dengan minor Resistance (Line Biru) untuk peluang re entry yang terbaik.
  • Tunggu sehingga muncul nya setup Price Action seperti Bearish Engulfing atau Pin Bar di Resistance tersebut sebelum melakukan sebarang re entry.

**SILA KAWAL MM ANDA**

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *