Analisa Teknikal :- EURUSD 1 Feb 2018

Analisa Teknikal :- EURUSD 1 Feb 2018

Pasaran bagi EURUSD memasuki sesi pembetulan harga atau 'pullback' dan perlu lengkapkan kitaran kejatuhan sekurang-kurangnya pada 1st Objective se

Pasaran bagi EURUSD memasuki sesi pembetulan harga atau ‘pullback’ dan perlu lengkapkan kitaran kejatuhan sekurang-kurangnya pada 1st Objective sekitar harga 1.22980. Namun begitu, dilihat EURUSD dalam keadaan ‘sideway’ selepas FOMC minutes meeting seawal jam 3.00 am tadi waktu Malaysia dan kini menunggu event terbesar dalam bulan ini iaitu Non-Farm Payroll yang akan memberi kesan terhadap pergerakan drastik.

Melalui kaedah fibonacci, remark price 1.24600 menjadi aras pengukur bagi EURUSD di mana jika harga kekal di bawah 1.24600 tersebut adalah peluang untuk menjual EURUSD dalam jarak dekat kerana ia telah pun membentuk Entry Level 2 (EL2).

Jika sebaliknya harga mampu melepasi dan kekal di atas paras 1.2460, EURUSD tidak boleh lagi untuk dijual dan target belian dalam pasaran adalah pada 3r Objective sekitar 1.25360.

Wallahuaklam and TAYOR.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: