Analisa Teknikal EurUSd 27 Oktober 2022

Analisa Teknikal EurUSd 27 Oktober 2022

EurUsd di Timeframe H4. Info: Line putus- putus menandakan Minor Support and Minor Resistance. Line Purple menandakan Major Support dan Major

EurUsd di Timeframe H4.

Info: Line putus- putus menandakan Minor Support and Minor Resistance. Line Purple menandakan Major Support dan Major Resistance. Line kuning mewakili Channel Downtrend dan Line Coklat mewakili Minor Uptrend Trendline.

Forecast: Kedudukan harga asalnya dalam kedudukan Downtrend. Akan tetapi harga telah berjaya break dan close diatas Upper Channel Downtrend dan juga break dan close diatas Major Resistance semasa (kini telah menjadi Major Support/RbS ). Sepertinya harga berkemungkinan akan membuat pertukaran trend daripada Downtrend kepada Uptrend. Harga berkemungkinan berpotensi untuk naik sehingga ke paras Major Resistance yang seterusnya iaitu di 1.03540 – 1.03780. Saya akan fokus pada peluang buy memandangkan kedudukan trend harga ketika ini telah berubah menjadi Uptrend.

Entry: Saya akan tunggu peluang reentry buy di Major RbS atau di minor support berhampiran Upper Channel atau berhampiran minor Uptrend Trendline. Tunggu sehingga munculnya setup Price Action seperti Bullish Engulfing atau Pin Bar di Zone reentry tersebut sebelum melakukan sebarang reentry. Setup ini akan terbatal jika harga berjaya break dan close semula dibawah Minor Support dan Minor Uptrend Trendline.

**SILA KAWAL MM ANDA**

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: