FMCBR melihat GBP/AUD mampu bergerak sehingga 500pips ke atas daripada harga semasa untuk melengkapkan kitaran kenaikkan di tf Daily setelah terda
FMCBR melihat GBP/AUD mampu bergerak sehingga 500pips ke atas daripada harga semasa untuk melengkapkan kitaran kenaikkan di tf Daily setelah terdapat candlestick daily mampu close di atas level fibo EXT TP2 (anak panah). Ini menandakan peluang untuk harga mencapai ke paras 1.77832 amat cerah tetapi ia mengambil masa. Saya jangkakan minggu ini akan ade pergerakan besar bagi matawang GBP kerana ‘UK election’ dan dijangka ia akan membantu GBP untuk rally up. Walau bagaimanapun, sebelum kenaikkan berlaku, akan ada berlaku pullback @ retracement.
Pengakhiran pullback kita boleh ukur di tf H1 di mana minima pullback adalah level fibo 161.8 / TP1 dan maksimum pullback adalah level fibo 261.8 / TP2. Di sini jelas di tf H1, price akan turun mencari TP2. Di tf H1, zon TP2 (kotak kuning) adalah selari dengan zon EL6 di tf Daily.
Di manakah peluang untuk membeli GBP/AUD? Peluang terbaik adalah membeli GBP/AUD dalam zon EL6 tf Daily. Sekiranya harga mampu melepasi zon EL6, maka peluang terakhir membeli berada di zon CBR Key iaitu El4. Walaubagaimana pun, Zon CBR Key telah pun di’test’ berlaku rejection di situ.
Dengan stoploss berada pada harga 1.7130, sasaran take profit FMCBR pada paras harga 1.77832 @ harga pilihan traders.
Wallahu`alam and TAYOR ( Trade at your own risk).
Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.
COMMENTS