GbpJpy di Timeframe H4.
- Kedudukan harga ketika ini masih lagi dalam kedudukan Uptrend. Rujuk di Timeframe Daily untuk melihat kedudukan trend harga dengan lebih jelas.
- Harga telah berjaya break dan close di atas Resistance semasa, menandakan bahawa harga masih ada momentum untuk meneruskan kenaikan. Resistance tersebut telah menjadi RbS ketika ini.
- Saya masih fokus pada peluang buy sahaja ketika ini kerana trend harga ketika ini masih lagi dalam kedudukan Uptrend.
- Peluang reentry buy di RbS atau di Support dibawah. Tunggu sehingga munculnya setup Price Action seperti Bullish Engulfing atau Pin Bar di zone reentry tersebut sebelum melakukan sebarang reentry.
- Setup ini akan terbatal jika harga berjaya break dan close dibawah Support semasa.
**SILA KAWAL MM ANDA**