PicsArt_10-02-09.33.31-scaled

Analisa Teknikal GbpUsd 02 Oktober 2022

GbpUsd Di Timeframe Daily (D1)

Forecast: Secara keseluruhannya kedudukan trend harga ketika ini masih lagi dalam kedudukan Downtrend. Pada hari isnin minggu lepas, harga berada dibawah support 1.08320, menunjukkan bahawa harga masih kuat untuk meneruskan sesi Downtrend. Akan tetapi, pada hari Rabu minggu lepas, harga berjaya break dan close semula diatas SbR tersebut lalu membatalkan setup Reentry sell di SbR tersebut. Ianya juga menjadikan breakout dibawah support tersebut menjadi false breakout dan ini menandakan bahawa harga sudah mula hilang momentum untuk meneruskan sesi Downtrend tersebut dan harga akan memulakan sesi Retracement. Jangkaan harga akan cuba retrace sehingga di paras Resistance 1.14100 sebagai Resistance yang berhampiran. Jika harga telah retest semula di Resistance tersebut, jangkaan harga akan mula menurun semula mengikut trend asal iaitu Downtrend. Saya akan ambil peluang Reentry buy dahulu untuk jangka masa pendek/untuk sesi retracement tersebut dan tunggu peluang reentry sell di Resistant yang berhampiran untuk sesi continue to downtrend/ jangka masa panjang.

Entry:

a) Buy: Tunggu di support berhampiran untuk sesi reentry buy yang terbaik atau tunggu di 50% body Big Candle Bearish. Tunggu sehingga munculnya setup Price Action seperti Bullish Engulfing atau Pin Bar di Support tersebut atau di 50% body Big Candle Bullish tersebut sebelum melakukan sebarang reentry buy. Setup ini akan terbatal jika harga berjaya break dan close semula dibawah Support tersebut.

b) Sell: Peluang Reentry sell terbaik adalah di Resistant semasa. Tunggu sehingga munculnya setup Price Action seperti Bearish Engulfing atau Pin Bar di resistance tersebut sebelum melakukan sebarang reentry. Setup ini akan terbatal jika harga berjaya break dan close diatas Resistance tersebut.

Kesimpulan: Kedudukan harga masih lagi dalam kedudukan Downtrend. Boleh tunggu Peluang reentry sell di Resistant semasa atau boleh ambil dahulu peluang reentry buy (untuk jangka masa pendek/untuk sesi retracement) dan ambil peluang reentry sell di Resistant tersebut. Risk minima 20pips dibawah support atau 20pips diatas Resistant. Boleh exit/Take Profit di Resistant semasa (jika buy) atau exit/TP di support semasa (jika sell) untuk pilihan exit/TP yang terbaik.

**SILA KAWAL MM ANDA**

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *