Picsart_23-04-03_15-16-40-176

Analisa Teknikal GbpUsd 03 April 2023

GbpUsd di Timeframe M15.

Timeframe Daily: Major Uptrend.

Timeframe H1: Downtrend atau sesi Retracement untuk Timeframe Daily.

Timeframe M15: Downtrend sepertimana di Timeframe H1.

Forecast: Secara keseluruhannya, kedudukan trend harga masih lagi dalam kedudukan Uptrend (Lihat di TF D1). Manakala di Timeframe H1, harga membuat sesi downtrend atau sesi Retracement harga untuk Major Uptrend. Jika kita lihat secara close up di Timeframe M15, harga sepertinya membuat chart pattern Cup dimana chart pattern ini muncul sebagai petanda bahawa harga selepas ini akan naik. Saya akan fokus pada peluang buy memandangkan Major trend harga,Daily trend masih lagi dalam kedudukan Uptrend. Jika harga menaik sehingga berjaya memecahkan Higher High semasa di 1.23960, maka berkemungkinan besar harga akan meneruskan sesi Major Uptrend Daily. Namun jika harga masih gagal untuk break dan close diatas Neckline (kotak kuning) 1.23600, berkemungkinan harga masih ingin meneruskan sesi retracement/downtrend H1 tersebut. Walaubagaimana pun, kita tunggu untuk harga membuat setup Chart Pattern untuk perjalanan harga yang seterusnya.

Entry: Saya akan tunggu peluang reentry buy di minor RbS (kotak biru) untuk sesi Retracement di trend H1(Downtrend) untuk Intraday Entry dan tunggu semula harga membuat bentuk chart pattern perjalanan harga yang seterusnya. Setup buy ini hanya untuk sesi Retracement harga untuk trend harga di Timeframe H1. Untuk long term entry/position entry, saya akan tunggu peluang reentry sell di resistance kotak kuning jika harga masih gagal untuk break dan close diatas resistance tersebut atau reentry buy di Support kotak kuning jika harga berjaya break dan close diatas Higher High semasa. Tunggu sehingga munculnya setup Price Action seperti Engulfing atau Pin Bar dimana-mana zone reentry tersebut sebelum melakukan sebarang reentry.

**INI HANYALAH SEKADAR FORECAST PERIBADI SAYA. SILA KAWAL MM ANDA JIKA ANDA INGIN MELAKUKAN SEBARANG ENTRY. PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEGALA KEPUTUSAN ENTRY YANG ANDA LAKUKAN**

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *