PicsArt_10-04-04.41.41-scaled

Analisa Teknikal Gold 04 Oktober 2022

Gold di Timeframe Daily (D1).

Forecast: Harga sebelum ini dalam kedudukan Downtrend, akan tetapi harga telah berjaya break diatas Resistance semasa (kini menjadi Support/RbS) dan berkemungkinan akan close diatas RbS tersebut. Jika harga hari ini close diatas RbS tersebut, maka berkemungkinan harga akan membuat trend yang baru iaitu Uptrend. Secara tidak langsung juga, perjalanan Downtrend harga sebelum ini akan terbatal. Jika ini yang berlaku, maka fokus pada peluang buy sahaja memandangkan kedudukan trend harga telah berubah. Namun, jika harga pada hari ini masih close dibawah Resistance/RbS tersebut, maka terus fokus pada peluang sell sahaja. Jika harga close dibawah Resistance tersebut, secara tidak langsung, breakout yang harga lakukan tadi akan terbatal atau false breakout. Teruskan fokus pada peluang sell selagi mana harga tidak close diatas Resistance/RbS tersebut. Fokus pada peluang buy jika harga close diatas Resistace/RbS.

Entry:

a) Buy: Jika harga pada hari ini close diatas Resistance/RbS, fokus peluang reentry buy di RbS tersebut. Tunggu sehingga harga retest semula di RbS dan munculnya setup Price Action seperti Bullish Engulfing atau Pin Bar di RbS tersebut. Risk minima 80pips dibawah RbS Dan Reward minima 180pips dari reentry zone. Boleh juga exit di Resistance yang seterusnya. Setup ini akan terbatal jika harga pada hari ini tidak berjaya close diatas Resistance /RbS tersebut.

b) Sell: Jika harga pada hari ini, tidak berjaya close diatas Resistance tersebut, maka breakout sebelum ini akan menjadi false breakout dan boleh fokus semula pada peluang sell. Peluang sell terbaik adalah di Resistance tersebut. Tunggu sehingga munculnya setup Price Action seperti Bearish Engulfing atau Pin Bar di Resistance tersebut sebelum melakukan sebarang reentry sell. Setup ini akan terbatal jika harga berjaya close diatas Resistance tersebut.

**SILA KAWAL MM ANDA **

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *