Analisa Teknikal UsdJpy 10 November 2022

Analisa Teknikal UsdJpy 10 November 2022

UsdJpy di Timeframe Daily. Forecast: Secara keseluruhannya kedudukan harga masih lagi dalam kedudukan Uptrend. Harga juga ketika ini masih lag

UsdJpy di Timeframe Daily.

Forecast: Secara keseluruhannya kedudukan harga masih lagi dalam kedudukan Uptrend. Harga juga ketika ini masih lagi berada di dalam zone Uptrend Channel. Ketika ini harga masih lagi dalam keadaan retracement dimana ketika ini berkemungkinan harga akan terus turun dahulu sehingga berjaya retest semula di Lower Uptrend Channel. Selepas itu, mungkin harga akan meneruskan perjalanan Uptrend tersebut mengikut trend asal iaitu Major Uptrend. Major Uptrend akan valid selagi mana harga tidak berjaya break dan close dibawah Uptrend Channel.

Entry: Jika ingin ambil peluang reentry sell untuk sesi Retracement (short-term), boleh ambil peluang sell di Minor Resistance (kotak purple) dan target di Major Support atau Lower Channel/ Support Channel. Setup ini akan terbatal jika harga terus berjaya break dan close diatas Minor Resistance tersebut atau break dan close diatas Major Resistance semasa. Tunggu sehingga munculnya setup Price Action seperti Bearish Engulfing atau Pin Bar di zone reentry sebelum melakukan sebarang reentry.

Untuk peluang buy pula (long term), boleh tunggu di Lower Channel tersebut atau di Major Support 144.200 atau di Minor Support (kotak purple). Setup ini akan terbatal jika harga terus berjaya break dan close dibawah Uptrend Channel atau Major Support semasa. Tunggu sehingga munculnya setup Price Action seperti Bullish Engulfing atau Pin Bar di zone reentry sebelum melakukan sebarang reentry.

**SILA KAWAL MM ANDA**

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: