Analisa Teknikal USDJPY :- 13 SEPT 2017

Analisa Teknikal USDJPY :- 13 SEPT 2017

Kenaikkan USDJPY adalah bersifat retracement memandangkan major trend masih dalam keadaan 'downtrend'. Kenaikkan ini mencukupkan level of retracem

Kenaikkan USDJPY adalah bersifat retracement memandangkan major trend masih dalam keadaan ‘downtrend’. Kenaikkan ini mencukupkan level of retracement di mana maksimum level pullback pada level fibonnaci 2.618 iaitu TP2.

Jika kita lihat di situ terdapat satu entry level peluang untuk menjual USDJPY di sebut sebagai EL9. Ia adalah entry level bagi memastikan supaya tidak terlepas peluang memasuki pasaran andai kata harga tidak datang menguji di zon IB (initial break). Saya mencadangkan posisi jualan dilakukan di zon IB iaitu Entry Level 3 (bukannya entry level 2) kerana di situ masih terdapat ‘supply zone’.

Saya jangkakan ‘rejection’ akan berlaku di zon IB tersebut dan sekurang-kurangnya kejatuhan harga sehingga 109.43 kerana terdapat CBR key di sekitar harga tersebut.

FMCBR mencari peluang menjual USDJPY sekitar 110.451 dengan risiko maksima 50pips/500points dengan sasaran take profit 100pips pada 109.43 @ harga pilihan traders.

Wallahua’lam and TAYOR.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: