Ancaman Varian Baharu Covid-19 Membenam Saham Utama Global

Ancaman Varian Baharu Covid-19 Membenam Saham Utama Global

Isu penularan varian baru Covid-19 berpotensi memacu pergerakan pasaran yang besar kerana telah mencetuskan kebimbangan baharu di kalangan pelabur Wa

Isu penularan varian baru Covid-19 berpotensi memacu pergerakan pasaran yang besar kerana telah mencetuskan kebimbangan baharu di kalangan pelabur Wall Street.

Varian baharu virus yang dinamakan Omicron itu berkemungkinan menular lebih pantas berbanding varian Delta dan lebih tahan terhadap vaksin, yang mana berpotensi memberi tamparan hebat kepada pemulihan ekonomi global.

Implikasi jangka panjang ke atas aset-aset di AS masih tidak jelas. Namun dengan penularan varian Covid yang tahan terhadap vaksin mampu mendorong keputusan untuk menyekat semula pergerakan dan aktiviti ekonomi.

Pada Jumaat yang lalu, pasaran saham Wall Street termasuk harga minyak merekodkan kejatuhan paling buruk pada tahun ini dengan indeks Dow Jones menerima tamparan terhebat.

Pasaran ekuiti utama Eropah juga ditutup lebih rendah, dengan FTSE 100 susut 3.6 peratus dan Paris serta Frankfurt jatuh lebih empat peratus, mengikuti penurunan mendadak pasaran utama Asia.

Dolar AS turut merudum, manakala aliran ke dalam mata wang yang dianggap selamat seperti yen Jepun dan franc Swiss meningkat.

Penularan varian baharu yang lebih teruk berbanding Delta, dibimbangi akan memperlahankan semula pertumbuhan AS dan menurunkan pengambilkan pekerja pada suku ketiga.

Kebimbangan terhadap varian baharu itu telah menyebabkan beberapa negara di Eropah dan Asia, termasuk AS, melarang atau mengehadkan perjalanan secara mendadak dari Afrika Selatan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: