Angka Pekerjaan UK Catat Rekod Tertinggi, Tambah Dorongan Untuk BoE Naikkan Kadar Faedah

Angka Pekerjaan UK Catat Rekod Tertinggi, Tambah Dorongan Untuk BoE Naikkan Kadar Faedah

Syarikat-syarikat di Britian menambah pekerjaan ke rekod tertinggi dalam bulan September, sebelum berakhirnya program subsidi gaji oleh kerajaan.

Syarikat-syarikat di Britian menambah pekerjaan ke rekod tertinggi dalam bulan September, sebelum berakhirnya program subsidi gaji oleh kerajaan.

Situasi ini berpotensi mendorong Bank Pusat England (BoE) untuk maju ke arah menaikkan kadar faedah buat kali pertama pasca pandemik.

Bilangan pekerja yang ditambah meningkat dengan catatan terbesar sejak tahun 2014, meningkat sebanyak 207,000 orang dari bulan Ogos.

Para majikan beralih kepada agensi perekrutan bagi mencari kakitangan baharu dengan perusahaan seperti perhotelan dan makananan telah mula membuka peluang pekerjaan susulan pemulihan daripada sekatan akibat Covid.

Selain penambahan pekerja, data rasmi semalam juga menunjukkan kadar pengangguran di UK susut kepada 4.5% hingga Ogos selama tiga bulan berturut-turut.

BoE kini dilihat sedang bersiap untuk menjadi bank pusat utama pertama yang menaikkan kadar sejak krisis Covid melanda dunia.

Hal ini kerana inflasi pengguna di UK sedang menuju ke arah 4% atau lebih tinggi, melepasi sasaran 2% bank pusat.

Namun begitu, BoE sedang memerhatikan jumlah penduduk di UK yang akan kehilangan pekerja selepas program bantuan gaji yang diberikan oleh kerajaan tamat.

Menurut penganalisis dari Resolution Foundation, seramai 1 juta orang berkemungkinan berada di bawah skim bantuan gaji apabila ianya berakhir pada 30 September.

Hussain Mehdi, ahli strategi makro dan pelaburan di HSBC Asset Management berkata data pekerjaan telah membuka kemungkinan untuk BoE menaikkan kadar faedah sebelum akhir tahun ini.

“Laporan pekerjaan bulan Oktober yang baik dapat membuka laluan untuk kenaikan (kadar faedah) segera setelah pertemuan bulan Disember,” tambah beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: