Apa Kesudahan Pasaran Minyak & Kesan Terhadap Pasangan USD/CAD?

Apa Kesudahan Pasaran Minyak & Kesan Terhadap Pasangan USD/CAD?

Assalamualaikum semua dan selamat menyambut bulan Ramadhan. Pada minggu lepas, persidangan OPEC di Vienna telah mencapai kata sepakat untuk melanju

Assalamualaikum semua dan selamat menyambut bulan Ramadhan.

Pada minggu lepas, persidangan OPEC di Vienna telah mencapai kata sepakat untuk melanjutkan usaha pemotongan pengeluaran minyak mereka selama 9 bulan lagi sehingga penghujung Mac 2018 seperti yang dijangkakan sebelumnya. Libya dan Nigeria sekali lagi dikecualikan buat kali ini.

Namun, harga minyak terus tenggelam sejak minggu lepas sehingga ke paras $48.16 setong. Ini disebabkan oleh kecenderungan para pemain pasaran untuk terlebih dahulu melihat kesan ke atas pemotongan ini sebelum membuat keputusan belian.

Seperti sebelum ini, usaha kali ini pun tiada bezanya apabila pengeluaran dari AS, Libya dan Nigeria pasti akan terus menjadi batu penghalang yang sukar bagi mereka. Walau bagaimanapun, permintaan pasaran dijangkan akan meningkat apabila musim panas tiba nanti. Ini dapat membantu mengurangkan bekalan di dalam pasaran lantas memberi lonjakan kepada harga pasaran di dalam tempoh lebih kurang 7 minggu.

Pasangan matawang yang paling terkesan dengan pergerakan harga minyak sudah tentunya USD/CAD. Pergerakan harga mereka yang berlawanan, memberi sedikit bayangan ke mana arah tuju pasangan buck-loonie ini dalam jangka masa terdekat ini, apabila dijangka harga minyak akan mula meningkat untuk mengisi permintaan pasaran. Pada malam nanti laporan KDNK Kanada akan diterbitkan sekitar jam 8.30 malam, dijangka data yang positif akan terhasil sekaligus menyokong fundamental setentang pasaran minyak.

Fed dijangka bakal menaikkan kadar faedah pada bulan Jun nanti dan ini bergantung sepenuhnya pada data ekonomi semasa AS terutamanya NFP pada minggu ini. Sebarang keputusan negatif ke atas data ekonomi AS mampu untuk mengheret Fed menangguhkan kenaikan kadar faedah ke bulan September. Sekaligus, membuka kepada kemungkinan ‘short on dollar’ tercetus dan memberi ruang pada Loonie dan minyak untuk melonjak.

Zon harga belian untuk minyak yang dilihat berpotensi adalah pada paras $48 dan $45 sebelum sekali lagi menguji paras $53-55 setong dalam jangka masa pendek-sederhana. Manakala untuk pasangan matawang USD/CAD pula, trending utama masih lagi tertumpu pada arah belian, iaitu di sekitar 1.33550 dan 1.32500 untuk membuka ruang kepada paras harga 1.3793o sekali lagi atau lebih tinggi iaitu 1.40000.

Harga pasaran bagi minyak petrol berdasarkan MOPS pula adalah berada pada paras $65 setong. Ringgit yang semakin pulih berada pada paras 4.27800 ketika ini, memungkinkan harga minyak petrol di pam minyak untuk turun sebanyak 5 sen bermula pada tengah malam ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: