Apa Khabar FOMC Nanti?

Apa Khabar FOMC Nanti?

Penyata Inflasi BOJ sudah dibentangkan tengah hari tadi. Bagaimana? Ada untung? Jika untung, Alhamdulillah dan jangan lupa berzakat sedikit untung itu

Penyata Inflasi BOJ sudah dibentangkan tengah hari tadi. Bagaimana? Ada untung? Jika untung, Alhamdulillah dan jangan lupa berzakat sedikit untung itu. Mari beralih arah ke aksi-aksi FOMC pagi nanti. Dijadualkan FOMC akan membentangkan unjuran ekonomi US, kadar faedah terkini, dan Penyata Polisi Kewangannya.

 

Tugas FOMC lebih mudah secara dasarnya berbanding BOJ. Lebih berterus terang, sama ada naikkan kadar faedah atau tidak, itu sahaja. US merupakan satu-satunya negara kuasa ekonomi dunia yang dalam proses kenaikan kadar faedah, berbanding lain-lain negara yang dalam pelonggaran polisi semasa atau membiarkan polisi semasa.

 

Pasaran tidak menjangkakan adanya kenaikan kadar faedah kali ini, namun elemen kejutan kenaikan kadar faedah kita tidak nafikan. Secara amnya The Feds dalam tekanan menaikkan kadar faedah daripada bank-bank komersial US. namun The Feds dilihat seperti belum bersedia menaikkan kadar faedah kali ini berdasarkan komen-komen lalu oleh Pengerusi The Feds, Janet Yellen.

 

Data-data dari laporan buruh US seperti menyokong kenaikan kadar faedah dalam masa terdekat, namun jika ianya dilakukan, terdapat risiko global kesan kenaikan itu. Ahli-ahli FOMC juga belum mencapai kata sepakat dalam kenaikan pada bulan ini. Buktinya? Terdapat khilaf pendapat dalam komen-komen beberapa orang ahli FOMC dalam ucapan-ucapan mereka.

 

Salah satu faktor The Feds ragu-ragu untuk menaikkan kadar faedah kali ini adalah ekonomi US perlu bersedia untuk Pilihan Raya Presiden US November nanti. Jika tidak berlaku kenaikan kali ini, Janet Yellen pastinya akan cuba meyakinkan pasaran bahawa kenaikan faedah akan dilakukan sebelum akhir tahun ini.

 

Kekuatan Dolar Amerika pagi nanti akan berpandukan komen-komen The Feds, sama ada “Hawkish” atau “Dovish”. Pastinya harga-harga seluruh pasaran mata wang akan terkesan dengan Laporan FOMC kali ini. Jika anda tidak pasti ke mana hala tuju dalam dagangan, adalah dinasihatkan anda jadi pemerhati sahaja. Masuklah pasaran selepas ketidaktentuan harga reda. Wallahualam…

 

ctc-news

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: