Apakah BoC Akan Mengikuti Jejak Langkah Fed?

Apakah BoC Akan Mengikuti Jejak Langkah Fed?

Pada bulan Januari yang lalu, bank pusat Kanada telah mengeluarkan kenyataan yang dovish, memberi amaran tentang kedudukan ekonomi dan membuka pintu

Pada bulan Januari yang lalu, bank pusat Kanada telah mengeluarkan kenyataan yang dovish, memberi amaran tentang kedudukan ekonomi dan membuka pintu bagi pemotongan kadar faedah.

Gabenor BoC Stephen Poloz menyuarakan kebimbangan beliau terhadap tahap pertumbuhan dan aktiviti pengguna yang mengecewakan.

Jualan runcit Kanada sejak beberapa bulan yang lalu kebanyakkan jatuh lebih rendah daripada jangkaan dan reaksi negatif pelabur telah menyebabkan loonie berada di paras terendah menjelang keputusan BoC.

Kini krisis wabak koronavirus telah menekan ekonomi seluruh dunia dan virus tersebut juga dilaporkan telah menular di Kanada.

Walaupun angka jangkitan di Kanada lebih kecil berbanding Amerika Utara, namun rantaian bekalan utama daripada China yang terus terganggu telah menghimpit perkembangan ekonomi domestik.

Tambahan pula, harga minyak yang jatuh mendadak akibat outlook permintaan yang lemah turut menyusutkan eksport minyak mentah Kanada.

Dengan berlatar belakangkan kesemua faktor di atas termasuk kedudukan kadar faedah 1.75% BoC yang lebih tinggi berbanding negara maju yang lain, membuka ruang kepada Poloz dan ahli BoC untuk mengumumkan ‘rate cut’ yang lebih besar pada pertemuan kali ini.

Jangkaan ‘rate cut’ yang lebih dalam dikukuhkan dengan keputusan Fed pada hari Selasa yang lalu yang telah mengumumkan pemotongan sehingga 50 mata asas kadar faedah kepada 1.25%

Namun, BoC mempunyai sejarah mengejutkan para pelabur dengan keputusan diluar jangkaan, oleh itu selain daripada pengumuman, isyarat bank pusat menerusi kenyataan mereka juga akan diteliti.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: