Apakah BoE Akan Menyelamatkan GBP?

Apakah BoE Akan Menyelamatkan GBP?

Fokus kini beralih kepada pound sterling (GBP) berikutan pada hari Khamis, Bank Pusat England (BoE) akan menerbitkan laporan inflasi suku tahunan diik

Fokus kini beralih kepada pound sterling (GBP) berikutan pada hari Khamis, Bank Pusat England (BoE) akan menerbitkan laporan inflasi suku tahunan diikuti pengumuman dasar kewangan terkini.

Tiada perubahan pada kadar faedah dijangkakan, namun BoE dijangka mengubah projection ekonomi mereka dan nada keseluruhan laporan kewangan akan memberi impak secara langsung kepada matawang.

GBP/USD yang jatuh ke paras terendah 2 bulan lalu pada hari Selasa lepas kini berjaya mengurangkan separuh kerugian pada hari Rabu, naik 0.42% ke paras 1.2760, setakat jam 12.40 pagi.

Laporan inflasi dan komen daripada Gabenor Carney pada hari Khamis akan menjelaskan pergerakan GBP/USD sama ada untuk bergerak melepasi paras terendah bulan Ogos atau menjadikan 1.2700 sebagai batu loncatan.

Ekonomi UK sejak mesyuarat dasar bulan September yang lalu masih menujukkan perkembangan yang baik walaupun dihimpit kebimbangan isu Brexit.

Kadar pengangguran masih rendah, pertumbuhan pendapatan meningkat dan inflasi juga kekal di atas sasaran bank pusat.

Pada laporan inflasi suku tahunan yang lalu, BoE telah menaikkan kadar faedah namun ketika itu pound jatuh mendadak akibat ketiadaan perancangan daripada bank pusat untuk mengetatkan dasar dalam masa yang terdekat.

Tambahan, Gabenor BoE Mark Carney turut menyebut potensi untuk diturunkan kadar faedah (rate cut) sekiranya Britian gagal mendapatkan perjanjian perdagangan bersama EU.

Sejak kenyataan tersebut dikeluarkan, rundingan Brexit masih menemui jalan buntu.

Oleh itu risiko untuk menurun adalah lebih tinggi dan para pelabur tidak boleh meletakkan harapan kepada BoE untuk menyelamatkan GBP kerana bank pusat telah berkata bahawa outlook ekonomi UK bergantung kepada keputusan rundingan Brexit.

Jika BoE menurunkan projection ekonomi mereka atau Carney mengeluarkan isyarat yang meningkatkan prospek pelonggaran dasar, GBP/USD berpotensi jatuh ke paras 1.26 sementara EUR/GBP pula akan bergerak sehingga 0.90.

Namun jika mereka optimis dengan data-data ekonomi dan melihat risiko peningkatan inflasi lebih tinggi, sell-off GBP akan bertukar arah dan mampu menolak GBP/USD ke paras 1.2850

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: