Selepas berada seketika di paras 1.20, EUR/USD telah gagal mempertahankan garisan support tersebut. Pasangan matawang ini terus menyusut sehingga ke p
Selepas berada seketika di paras 1.20, EUR/USD telah gagal mempertahankan garisan support tersebut. Pasangan matawang ini terus menyusut sehingga ke paras 1.936 setakat jam 3.50 petang yang mana merupakan harga tertinggi pada November yang lalu dan telah berubah menjadi zon support terhampir.
Antara garisan support yang perlu diberi perhatian adalah 1.1910 (S1), 1.1860 (S2) dan 1.1810 (S3).
Apakah yang diperlukan untuk kekalkan momentum bearsih EUR/USD?
Pemandu utama pasangan matawang ini bukanlah Euro, akan tetapi dollar AS. Greenback (USD) mengakhiri tahun 2017 dengan kejatuhan, kemudian diteruskan pada awal minggu tahun 2018.
Namun situasi telah berubah apabila sentimen USD mula menguasai semula pasaran sejak beberapa hari yang lalu. Apakah punca yang menggerakakan dollar sedangkan laporan ekonomi AS bercampur dan politik AS yang masih diselubungi ketidaktentuan?
Sebahagian penganalisis melihat hasil bon US yang meningkat telah menarik perhatian para pelabur, meningkatkan permintaan dollar. Oleh itu, pembetulan harga yang lebih banyak dijangka akan berlaku.
Tanpa sebarang fundemental yang boleh memperbaiki sentimen Euro hari ini, pasaran akan menumpukan kepada pertumbuhan harga import dan eksport AS.
Sekiranya kedua-dua laporan ini lebih positif, hal ini akan mengukuhkan kedudukan dolar berbanding matawang lain, sekali gus akan menyebabkan EUR/USD menyusut lebih rendah untuk tempoh sederhana.
Bagi matawang Euro pula, laporan minit mesyuarat ECB yang akan di keluarkan pada hari Khamis akan menentukan hala tuju matawang yang lebih jelas.
COMMENTS