Apakah EUR/USD Telah Temui Batu Loncatan?

Apakah EUR/USD Telah Temui Batu Loncatan?

Euro jatuh ke paras terendah tahunan yang baru berbanding dollar pada minggu lepas sekitar 1.1822, namun berjaya mengurangkan kerugian apabila kembali

Euro jatuh ke paras terendah tahunan yang baru berbanding dollar pada minggu lepas sekitar 1.1822, namun berjaya mengurangkan kerugian apabila kembali pulih untuk dua hari berturut-turut sejak hari Khamis yang lalu.

EUR/USD berjaya keluar daripada paras terendah, namun masih merekodkan penurunan -0.16% sepanjang minggu lepas.

Paras 1.1820 kini menjadi batu loncatan dan paras support paling signifikan. EUR/USD masih didagang tinggi pada harga 1.1960, naik 0.16% dan kembali ke dalam zon resistance paling signifikan setakat jam 2 petang.

Euro pada awal ditekan oleh data-data yang mengecewakan serta menunjukkan momentum pertumbuhan ekonomi semakin lemah di kawasan Eropah sejak awal tahun 2018. Hal ini sekali gus mengurangkan jangkaan bahawa ECB akan mula keluar daripada pelonggaran dasar di dalam masa yang terdekat.

Pada hari Jumaat lalu, Presiden ECB, Mario Draghi berkata Zon Eropah memerlukan bentuk fiskal yang baru bagi membantu ahli negara yang lebih lemah sekiranya mereka dikenakan penalti yang terlalu tinggi oleh pelabur semasa krisis hutang.

Data-data bercampur dikeluarkan di kawasan Eropah sepanjang minggu lalu walau bagaimanapun tidak dapat mengatasi kelemahan laporan inflasi AS apabila CPI Teras meningkat lebih rendah di paras 2.1% yang mana telah melemahkan jangkaan pasaran untuk melihat rate hike Fed yang lebih cepat, sekali gus menekan USD untuk dua hari berturut-turut.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: