Apakah Greenback Akan Terus Menguasai?

Apakah Greenback Akan Terus Menguasai?

Pada hari Jumaat lalu yang juga merupakan hari dan minggu terakhir bagi suku tahun ketiga, dollar menutup tirai bulan September dengan nota yang posit

Pada hari Jumaat lalu yang juga merupakan hari dan minggu terakhir bagi suku tahun ketiga, dollar menutup tirai bulan September dengan nota yang positif.

Greenback (USD) telah mendaki ke paras tertinggi 13-bulan yang lepas berbanding yen (JPY) dan terus mengukuh berbanding swiss franc (CHF), euro (EUR), kiwi (NZD) dan ausssie (AUD).

Jurang perbezaan kadar faedah bank pusat menjadi pemandu utama kepada peningkatan dollar selepas Federal Reserve mengumumkan rate hike kali ketiga tahun ini pada pertemuan FOMC bulan September yang lalu.

Selain itu, terdapat banyak laporan-laporan utama yang telah memberi impak besar kepada pergerakan matawang sepanjang bulan lepas termasuklah isu perang perdagangan, Brexit dan krisis hutang Itali.

Swiss franc menunjukkan prestasi paling teruk berbanding greenback, kehilangan lebih 230 pips pada minggu lepas. Kemudian diikuti matawang euro, jatuh hampir 150 pips berbanding dollar. Manakala Yen pula susut hampir 110 pips.

Pound sterling merupakan satu-satunya matawang yang bertahan daripada lonjakan dollar, hanya merekodkan penurunan sekitar 35 pips.

Perkara ini didorong oleh pengambilan posisi oleh para pelabur bagi menghadapi rate hike yang dijangka akan diumumkan oleh Bank Pusat England pada awal bulan November hadapan.

Minggu pertama bulan Oktober juga memperlihatkan beberapa peristiwa penting yang akan memberi kesan kepada perdagangan matawang.

Persidangan Tory di UK yang akan diakhiri dengan ucapan daripada PM May, laporan yang mengatakan Menteri Kewangan Itali Giovanni Tria berkemungkinan akan meletakkan jawatan dan rundingan AS-Kanada yang masih berlangsung.

Keadaan ini menyebabkan zon harga penting yang menjadi support atau resistance pasangan kepada matawang utama akan diberi lebih perhatian dalam pembentukan trend.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain masih stabil pada hari Isnin, naik 0.07% kepada 94.87 mata setakat jam 2 petang.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: