Apakah Kongres AS Akan Tunduk Pada Ancaman Penutupan Sempadan Mexico Oleh Trump?

Apakah Kongres AS Akan Tunduk Pada Ancaman Penutupan Sempadan Mexico Oleh Trump?

Presiden Trump pada hari Jumaat yang lepas mengancam untuk menutup sempadan Mexico di selatan AS sehingga beliau menerima dana yang diperlukan bagi me

Presiden Trump pada hari Jumaat yang lepas mengancam untuk menutup sempadan Mexico di selatan AS sehingga beliau menerima dana yang diperlukan bagi membina tembok sempadan di sana.

Nancy Pelosi dan parti Demokrat bakal mengambil alih kuasa di Dewan Rakyat pada hari Khamis berikutan kejayaan mereka memenangi majoriti dewan pada pilihan raya November yang lalu.

Mereka dijangka akan memberi kelulusan segera terhadap bajet belanjawan bagi menamatkan penutupan sebahagian agensi kerajaan sejak 22 Disember yang lalu.

Demokrat dengan jelas mengatakan bahawa tindakan yang akan mereka ambil sebelum diperbincangkan di Dewan Senat adalah tidak akan termasuk permohonan dana tembok Trump bernilai $5 billion.

Menolak cadangan perbelanjaan yang baru daripada demokrat akan menyebabkan penutupan kerajaan berlanjutan lebih lama, namun jika parti Republik menerimanya pula dilihat akan keluar daripada menyokong rancangan Trump membina tembok sempadan.

Bagi mengelakkan penutupan kerajaan berlanjut lebih lama, tiga cadangan mungkin akan diketengahkan Demokrat pada 3 Januari hadapan.

Pertama adalah memperkenalkan satu rang perbelanjaan sementara yang berlangsung sehingga 8 Februari.

Kedua adalah peruntukan penuh kepada kesemua agensi yang terlibat sepanjang tahun 2019 kecuali Jabatan Keselamatan Negara yang mana akan dibiayai melalui satu proses yang dinamakan sebagai resolusi berterusan bagi mengekalkan pembiayaan semasa sehingga 30 September.

Ketiga adalah resolusi berterusan bagi kesemua agensi yang ditutup namun akan tamat pada 30 September hadapan.

Salah satu daripada ketiga-tiga pilihan rang undang-undang belanjawan di atas dijangka akan diundi di dewan Rakyat pada 3 Januari.

Trump pada awal bulan yang lalu mengatakan bahawa beliau ‘berbangga’ jika kerajaan terpaksa ditutup disebabkan oleh isu keselamatan sempadan.

Namun setelah hal tersebut berlaku, beliau dilihat cuba mengalihkan keselahan tersebut kepada Demokrat dengan mengatakan bahawa mereka enggan berunding lebih lanjut berkenaan permohonan dana tersebut.

Tinjauan Reuters menujukkan hampir 50 peratus rakyat Amerika mendakwa Trump bertanggungjawab atas penutupan kerajaan yang sedang berlaku, sementara 33 peratus yang lain meletakkan kesalahan ke atas bahu Demokrat di kongres.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: