Apakah Sekarang Masa Untuk Membeli Dollar?

Apakah Sekarang Masa Untuk Membeli Dollar?

Berlalunya hari Sabtu yang lepas, kerajaan AS kini akan terus mencatat rekod penutupan agensi kerajaan terpanjang di dalam sejarah dan aktiviti yang t

Berlalunya hari Sabtu yang lepas, kerajaan AS kini akan terus mencatat rekod penutupan agensi kerajaan terpanjang di dalam sejarah dan aktiviti yang terpaksa dihentikan mendapatkan liputan luas oleh media.

Impak ke atas pasaran kewangan walau bagaimanapun terhad dengan pasaran saham secara keseluruhan telah pulih sepanjang minggu lalu, volatiliti semakin menurun dan greenback yang telah merosot teruk pada akhir tahun lalu kelihatan semakin stabil.

Penutupan sebahagian agensi kerajaan telah menghadkan laporan ekonomi AS sepanjang minggu lalu, namun perhatian pelabur tertumpu kepada perkembangan Fed berkenaan pendirian dasar kewangan pada tahun ini.

Jerome Powell dan beberapa pegawai Fed yang lain dengan jelas menyatakan bahawa ekonomi dalam keadaan yang baik namun kelemahan dalam pasaran dan ketidaktentuan di luar memerlukan bank pusat lebih bersabar dalam memutuskan peningkatan kadar faedah.

Fed akan terus mengecilkan penyata imbangan akan tetapi rate hike mungkin akan ditangguhkan sehingga musim panas akan datang.

Pada hari Jumaat lalu, bacaan CPI menurun buat pertama kali sejak bulan Mac sehingga menyebabkan pertumbuhan CPI dalam unjura tahun ke tahun jatuh di bawah 2% buat kali pertama sejak bulan Ogos 2017.

Data ini tidak mengejutkan kerana para pelabur sedar kejatuhan tersebut disebabkan oleh penyusutan mendadak harga minyak dan gas pada akhir tahun lalu.

Namun pengunduran Fed daripada nada hawkish mereka serta isyarat daripada data yang menunjukkan aktiviti pembuatan dan perkhidmatan bergerak semakin perlahan menjadi faktor utama menghalang greenback daripada terus meningkat.

Walaupun jualan pada musim percutian dijangka menyokong data jualan runcit yang akan diterbitkan minggu hadapan, namun outlook negatif ekonomi AS menunjukkan sekarang bukan masa yang sesuai untuk membeli dollar.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain secara keseluruhannya menurun -0.51% sepanjang minggu lalu ke paras 95.26, kekal di zon negatif empat minggu berturut-turut.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: