Apakah Terjunan Harga Minyak Telah Temui Dasar Untuk ‘Dipijak’?

Apakah Terjunan Harga Minyak Telah Temui Dasar Untuk ‘Dipijak’?

Harga minyak bakal berhadapan minggu yang amat penting menjelang mesyuarat OPEC pada 6 Disember serta jangkaan berlakunya perjanjian pada pertemuan ne

Harga minyak bakal berhadapan minggu yang amat penting menjelang mesyuarat OPEC pada 6 Disember serta jangkaan berlakunya perjanjian pada pertemuan negara G20 akan datang.

Selepas kerugian hampir 8% pada hari Jumaat lepas, harga WTI naik 2% pada hari Isnin dan hal ini didorong oleh kenyataan Goldman Sachs yang mengatakan harga semasa minyak merupakan titik ‘entry’ yang sangat menarik untuk dibeli.

Kebanyakkan penganalasis melihat pasaran minyak telah dibekalkan sepenuhnya, oleh itu hanya pemotongan pengeluaran dapat menaikkan semula harga.

Menurut laporan Bloomberg, had pemotongan pengeluaran minyak mungkin hanya diputuskan pada mesyuarat G20 di Argentina.

Menteri Tenaga Saudi, Khalid Al-Falih dan Menteri Tenaga Rusia Alexander Novak akan berunding di Buenos Aires bagi mendapatkan kesepakatan menjelang mesyuarat OPEC minggu hadapan.

Dan bukanlah satu tindakan yang mengejutkan jika kedua-dua pengeluar minyak terbesar memutuskan dasar dagangan minyak mereka pada pertemuan G20 nanti.

Pada masa yang sama, Presiden AS Donald Trump menekankan supaya tiada campur tangan daripada OPEC untuk menghalang penurunan harga minyak.

Beliau bergembira dengan kejatuhan harga minyak dan menyifatkan ianya sebagai satu bentuk pemotongan cukai kepada Amerika.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: